Connect with us

Oh! Media

Neelofa Kata Dekat Suami, Adiknya Ameera Khan Budak Baik Sebenarnya

ameera khan

Oh! Artis

Neelofa Kata Dekat Suami, Adiknya Ameera Khan Budak Baik Sebenarnya

Ameera khan atau lebih dikenali dengan nama, Little Miss Khan sering sahaja menarik perhatian netizen dalam apa sahaja yang dilakukannya. Adik kepada selebriti, Neelofa ini juga sering dikecam gara-gara gaya pemakainnya yang seksi dan menjolok mata.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Ameera dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon lelaki popular Indonesia, iaitu Jefri Nichol. Jadi apa kata Neelofa?

Memetik laporan Gempak, Neelofa mengakui tahu tentang perkara itu daripada Ameera sendiri yang menunjukkan dirinya menerima banyak komen dari warga Indonesia di Instagram.

Tak aware mengenai khabar angin tentang hubungan Ameera dan Jefri. Tapi saya tahu banyak warga Indonesia meninggalkan komen di Instagram Ameera. Cuma identiti individu yang dimaksudkan saya tidak pasti.

Neelofa turut menyatakan dia tidak kisah tentang asal usul lelaki yang bakal menjadi suami adiknya, asalkan sesuai, baik dan boleh membimbing Ameera.

Saya ada cakap dengan suami, Ameera ni budak baik. Kalau dapat orang yang betul yang boleh bantu dan guide dia. Dia memang boleh menjadi seorang isteri yang baik.

Dalam pada itu, Neelofa turut mengakui adiknya itu akan lebih mendengar teguran daripada dirinya dan abangnya, Aqief.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas