Connect with us

Oh! Media

“Dia Yang Jatuh Sendiri, Orang Lain Kena” – Netizen Geram Tengok Budak Tiba-Tiba Naik Angin

Trending

“Dia Yang Jatuh Sendiri, Orang Lain Kena” – Netizen Geram Tengok Budak Tiba-Tiba Naik Angin

Di Twitter, viral rakaman video memaparkan sebuah keluarga yang ingin mengambil gambar raya beramai-ramai. Apa yang menarik perhatian netizen adalah aksi seorang kanak-kanak yang tiba-tiba memukul kanak-kanak yang lain.

ADVERTISEMENT

BACA: “Mak Bapak Kau Mana Dikk” – Netizen Geram Ibu Bapa Tak Hirau Anak Gaduh Sampai Koyak Baju!

Tindakan itu dipercayai kerana kanak-kanak itu malu ditertawakan selepas terjatuh sendiri. Netizen berasa kurang senang melihat kanak-kanak itu menjadikan orang lain sebagai mangsa.

Perkongsian asal daripada TikTok yang dimuat naik semula pengguna Twitter itu sehingga kini telah mendapat lebih 10,000 retweet dan 14,000 likes. Manakala perkongsian asal di TikTok mendapat lebih 1juta tontonan.

Meninjau di ruangan komen, ramai juga meluahkan rasa geram dan merasakan ayat ‘nama pun budak’ tidak boleh dipakai jika kanak-kanak tersebut sudah berlebihan dan perlu diajar.

Pengguna asal di TikTok bagaimanapun menjelaskan kanak-kanak itu bergaduh sekejap sahaja dan berbaik semula selepas kejadian itu.

Kredit: Twitter bellansxrddn

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas