Connect with us

Oh! Media

Kazar Beri Respon Dakwaan Ira Kazar Diceraikan Syamsul Yusof Melalui Whatsapp

Oh! Artis

Kazar Beri Respon Dakwaan Ira Kazar Diceraikan Syamsul Yusof Melalui Whatsapp

Nama pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar sedang hangat diperkatakan di media sosial selepas timbul khabar angin mengatakan yang mereka telahpun bercerai menerusi aplikasi Whatsapp. Biar betul ni?

ADVERTISEMENT

BACA: Bekas Madu Kepada Pelakon Terkenal Didakwa Turut Diceraikan Suami Yang Juga Pengarah Terkemuka

Sebelum ini sebuah blog hiburan melaporkan yang isteri baru seorang pengarah telah dihalau dari rumah dan diceraikan kerana ada ‘penyakit berbahaya’. Disebabkan itu, ada segelintir netizen yang mengaitkannya dengan Syamsul dan Ira.

Terkini! Apabila pihak xtra bertanya mengenai kesahihan dakwaan itu, bapa kepada Ira sendiri iaitu Kazar Saini hanya memberi jawapan ringkas serta sekeping gambar yang bertuliskan doa.

Kiriman potongan doa dari surah Ali’ Imran itu menyeru bagi sesiapa yang bersabar, maka Allah S.W.T akan menolong mereka dengan lima ribu malaikat.

Melalui maksud mesej yang ingin disampaikan, Kazar mungkin ingin memberitahu perkara itu hanyalah dakwaan kosong dan hubungan anaknya bersama sang suami baik-baik saja. Apa pandangan korang lepas baca respon dari Kazar ni? Kalau tak pasti, jangan buat andaian. Takut jatuh fitnah! 

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas