Connect with us

Oh! Media

“Saya Pun Tak Tahu Apa Jadi Esok Lusa Pada Saya” – Alif Satar Segan Dipuji Pakar Motivasi

Alif Satar

Oh! Artis

“Saya Pun Tak Tahu Apa Jadi Esok Lusa Pada Saya” – Alif Satar Segan Dipuji Pakar Motivasi

Alif Satar, selebiti serba boleh menyatakan dirinya kurang selesa apabila dipuji oleh pakar motivasi terkenal Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkenaan keperibadiannya seperti mana dimuat naik dalam aplikasi X, semalam.

ADVERTISEMENT

Menurut Alif, dia bukanlah seorang yang sempurna untuk menerima pujian seperti itu kerana merasakan dirinya masih ada kekurangan.

Pelantun lagu Jangan Nakal ini turut menyatakan dia tidak berasa bangga dengan pujian diterima, termasuk namanya terbabit dalam isu rumah tangga pasangan pempengaruh media sosial, Alif Teega.

BACA: Alif Teega Akhirnya Mengaku Nikah Satu Lagi! Dakwaan Diserang ‘Penyondol’ Sebelum Ini Benar

Saya segan sebab pujian itu mungkin datang daripada berita negatif orang lain. Ia mungkin kedengaran kelakar dalam media sosial, tapi kehidupan orang lain yang terjejas dan banyak hati terguris mengenainya.

Netizen pun komen pedas dan kelakar. Tapi, saya tak suka komen sebab tak tahu apa nasib masa depan dan pengakhiran hidup saya pun tak tahu bagaimana.

Dalam pada itu, Alif bersyukur apabila menerima komen positif daripada pakar motivasi terkenal namun dia meletakkan segala pujian hanya untuk Allah.

Jadi, Fadzilah komen itu Alhamdulillah, tapi segala pujian itu semuanya bagi Allah. Saya sedikit pun tak rasa bangga dengan pujian. Orang boleh cakap apa-apa sama ada negatif atau positif.

Saya tak berkenan jika pujian itu datang daripada berita tak baik orang lain. Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen bertanya bila saya bernikah lain.

Alif Satar

Bukan itu sahaja, bapa kepada tiga orang anak itu berkata dia  tidak seronok apabila pujian itu timbul daripada berita negatif orang lain kerana ia berkemungkinan memberi kesan kepada individu terbabit.

Berat sebenarnya pujian itu, mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Kalau aib saya dibuka macam mana?

Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini terjadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri.

Penyanyi berusia 33 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak terganggu dengan usikan netizen dengan mengaitkan dirinya dengan isu terbabit kerana memiliki nama yang sama.

Kredit: Instagram Apbh 35

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Tahniah Alif Teega dan isteri barunya. Harapnya takda lagi content pergi berubat sebab terkena penyakit ain #alifteega #aisyahhijanah #sembangentertainment #ohmedia #as

♬ Muhasabah Cinta – Lia Syila

  • Alif Satar
  • Alif Satar

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas