Connect with us

Oh! Media

Alya Iman Bidas Balik Dakwaan Netizen Kata Bapa Tanggung Dosa Dedah Aurat

alya iman

Oh! Artis

Alya Iman Bidas Balik Dakwaan Netizen Kata Bapa Tanggung Dosa Dedah Aurat

Anak kepada pelakon lagenda, Allahyarham Azmil Mustapha iaitu Nur Alya Iman sebelum ini dikejutkan dengan penampilan tidak bertudungnya. Alya yang juga aktif dalam dunia seni itu turut mengakui dia memakai tudung selama ini hanyalah ingin menghormati suruhan bapanya sejak kecil.

ADVERTISEMENT

BACA: Video Terbaru Alya Iman Undang Pujian Rambut Cantik, Netizen Dah Lupa Sebelum Ini Pernah Kecam Pasal Buka Tudung

Alya juga dengan yakin menyatakan bapanya pasti akan menerima apa sahaja yang dilakukannya walaupun mengetahui arwah tidak gembira dengan keputusannya membuka tudung.

Sejak itu, Alya akan menerima teguran dan nasihat dari netizen supaya kembali berubah menjadi lebih baik. Ada juga individu yang mengatakan tanggungjawab seorang bapa yang menanggung dosa anak perempuan selagi belum berkahwin.

Alya Iman tampil bidas semula kenyataan individu ini…

Tampil membalas komen tersebut, Alya menjelaskan bahawa tanggungjawab arwah bapanya sudahpun selesai di dunia. Tidak cukup dengan itu, Alya turut meletakkan pautan penjelasan mufti tentang dosa anak perempuan ditanggung bapa jika belum berkahwin.

Bagi Ohmedia tidak perlu rasanya melibatkan orang yang sudah tiada dalam hal ini kerana Alya sudah besar dan tahu mana yang baik dan buruk. Kita doakan sahaja yang baik-baik buatnya dan sedekahkan Al-Fatihah buat Azmil Mustapha.

Kredit: Instagram

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas