Connect with us

Oh! Media

Janna Nick Anggap Diri Hina Sebab Jemput Ustaz Wadi Datang Majlis Resepsi

janna nick

Oh! Artis

Janna Nick Anggap Diri Hina Sebab Jemput Ustaz Wadi Datang Majlis Resepsi

Disebalik hari gembira pelakon, Janna Nick yang melangsungkan perkahwinan bersama Dini Schatzmann, ada pula isu yang kurang senang berlaku. Semuanya jadi serba tak kena selepas Ustaz Wadi Annuar dilihat hadir ke masjlis resepsi mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: “Aku Yang Segan Sebab Ustaz Wadi Ada”, Ramai Segan Dengan Majlis Resepsi Janna Nick Yang Ala Barat

Ustaz Wadi bagaimanapun tampil memberikan penjelasan dirinya pulang awal sebaik sahaja majlis berlangsung dalam suasana agak keberatan.

Sedar tentang isu yang bangkit, Janna tampil memohon maaf kepada Ustaz Wadi kerana dirinya menjadi punca dikecam hebat netizen.

Janna Nick akui tak tahu dalam Islam kalau dah dijemput wajib datang…

Tujuan saya menjemput ustaz ke majlis adalah kerana pada malam sebelum hari pernikahan kami adakan bacaan doa selamat dan Yasin. Malam itu juga dia ada menyampaikan ceramah bertajuk ‘memimpin isi rumah ke syurga’.

Saya undang dia ke majlis perkahwinan sekali dan tak tahu kalau dalam Islam ini orang dah jemput wajib datang. Apa-apa pun saya minta maaf. Saya sedar itu kelalaian dan kesilapan saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan kahadiran Ustaz Wadi.

Niat saya cuma memohon keberkatan meminta seorang ustaz yang tinggi ilmu agamanya untuk mendoakan perkahwinan saya.

Janna juga memaklumkan dia dan suami juga sudah memohon maaf secara peribadi dengan Ustaz Wadi dan tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.

Kredit: Instagram

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas