Connect with us

Oh! Media

“Dah Cuba Elak, Tapi..”- Hisyam Hamid Digelar Zul Ariffin 2.0, Buat Aksi Dukung Scha Elinnea

hisyam hamid

Oh! Artis

“Dah Cuba Elak, Tapi..”- Hisyam Hamid Digelar Zul Ariffin 2.0, Buat Aksi Dukung Scha Elinnea

Kerana melakukan babak mendukung pelakon perempuan Scha Elinnea baru-baru ini dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan, pelakon Hisyam Hamid telah menjadi topik bualan orang ramai dan ada yang menyamakan dirinya dengan pelakon sensasi, Zul Ariffin.

ADVERTISEMENT

Sedar sedang menjadi topik hangat orang ramai berbicara dalam media sosial, Hisyam mengambil langkah untuk tidak mengulas lebih lanjut kerana tidak mahu ada komen yang disalah tafsir oleh netizen.

Video yang ditularkan itu telah mendapat kecaman ramai dan ada yang berkata Hisyam merupakan Zul Ariffin 2.0.

Apabila membaca komen-komen seperti itu, pelakon lelaki terbabit mengambil ia sebagai perkara yang positif kerana netizen hanya mahu menegurnya menjadi lebih baik.

Tambahannya lagi, dia turut memberitahu sudah sedaya upaya untuk elak dari perkara seperti itu berlaku, namun kali ini tidak dapat dielak lagi.

Dalam pada dirinya dikecam kerana melakukan aksi ‘panas’ itu, Hisyam turut meluahkan rasa gembira kerana drama lakonannya kali ini mendapat sambutan yang baik daripada penonton dan menganggap ia satu kepuasan kerana penat lelahnya menjalani penggambaran drama terbabit.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas