Connect with us

Oh! Media

Pancarkan Keserian Wajah Dengan Kuasa Vitamin C Asli

Branded

Pancarkan Keserian Wajah Dengan Kuasa Vitamin C Asli

Haih, cuaca sekarang ini dahla tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas. Bila hari hujan, betul-betul lebat. Bila cuaca panas pula, rasa macam matahari duduk betul-betul bawah kepala. 

Kadang-kadang risau sebenarnya dengan cuaca sebegini, sebab ia mengakibatkan implikasi pada kulit wajah seperti bintik hitam dan liang pori terbuka. Stress!

Lindungi Wajah Dengan Pelembap & Vitamin C Untuk Kulit Sihat!

Sebenarnya, pelembap ini penting dalam rutin harian penjagaan muka kerana ia membantu menghidratkan serta merawat muka. Lagi-lagi kalau pelembap tu mengandungi vitamin C. Confirm, lawalah muka. 

Kita tahu yang vitamin C ini banyak manfaatnya kepada kesihatan badan termasuk kulit. Nak tahu tak apa kesan vitamin C terhadap kulit? Meh sini min habaq..

Vitamin C Mencerahkan Kulit 

Kulit korang kelihatan kusam? Dah nampak seperti zombie? Jangan risau, vitamin C dapat membantu mencerahkan kulit korang kerana ia mampu menghalang serta menghilangkan melanosit. 

Apa itu melanosit? Ia adalah sel yang menghasilkan warna gelap pada kulit. 

Kulit Wajah Kelihatan Muda

Selain mencerahkan, vitamin C juga mampu meningkatkan kolagen pada kulit wajah. Kesannya, ia membantu mengurangkan serta merawat kedutan pada muka. Kulit wajah pun akan kelihatan lebih muda, anjal dan juga tegang. Sukanya!

Merawat Kulit Dari Sinaran UV

Kita tahu yang sinaran matahari membekalkan vitamin D secara semulajadi. Namun, ia juga bahaya buat kulit sekiranya terdedah pada jangka masa yang lama. Ini disebabkan sinaran matahari turut mempunyai  sinaran UV yang berbahaya kepada kulit. 

Dengan pengambilan produk yang mempunyai vitamin C dapat membantu melawan sinaran UV. Vitamin C terdiri dengan antioksidan yang mampu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit wajah korang. 

Jadinya, korang kalau nak membeli produk penjagaan muka seperti pelembap, beli yang ada vitamin C tau. Barulah dapat hasil yang terbaik. 

Korang tak tahu produk apa yang ada vitamin C? Meh sini min share satu produk pelembap dengan kandungan vitamin C. 

Cerah Dan Merawat Dengan Melano CC

Melano CC, Melano, Moisturizer, Jepun, Vitamin C, Berseri

Jenama pemutih esen No. 1 di Jepun, Melano CC telah mengeluarkan produk baru iaitu Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer. Formula vitamin C yang dihasilkan oleh Rohto Pharmaceutical Co Jepun. Pelembap ini bukan saja mampu merawat kulit kusam malah  menambah seri pada wajah korang. Confirm, lepasni always glow je muka tu. 

Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer ini mengandungi dipotassium glycyrrhizate dan alpinia seed extract yang sesuai digabungkan dengan vitamin C dapat membantu mencerah kulit. Ia turut diperkuat lagi dengan lemon dan grapefruit extract yang membantu mengekalkan kelembapan wajah sentiasa lembut dan segar sentiasa. Faktor yang memperbezakan pelembap ini daripada pelembap yang lain termasuk keupayaannya menyerap dengan cepat, memberikan penghidratan berpanjangan tanpa rasa melekit dan mencerahkan tona kulit. Produk ini boleh meminimumkan penampilan pori-pori untuk menghasilkan kulit yang lebih licin. 

Melano, Melano CC, Vitamin C, Berseri, Jepun

Korang jenis kulit berminyak? Jangan risau, Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer sesuai untuk semua jenis kulit muka. Berbeza dengan sesetengah produk yang meninggalkan kesan pada kulit muka. Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer tidak meninggalkan sebarang kesan pada kulit muka terutamanya minyak. 

Paling penting, produk ini tidak menggunakan sebarang alkohol dan paraben. Jadi, korang tidak perlu rasa ragu untuk menggunakanya. 

Hasil Yang Optimum Pada Kulit Wajah

Melano, Melano CC, Jepun, Vitamin C, Berseri

Untuk mendapat kesan yang optimum serta terbaik, min sarankan korang guna Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer bersama Melano CC Vitamin C Brightening Lotion & Essence. Mesti korang akan nampak dan rasa perubahan yang ketara pada kulit wajah. Lepasni, confirm crush ajak keluarlah!

Mudah Didapati Untuk Semua

Korang tunggu apa lagi, dapatkan segera  Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturizer pada harga RM 59.00 je. Boleh dapatkan produk Melano CC di Watsons. 

Jangan risau buat pengguna online, produk ini turut boleh dibeli secara atas talian di Rohto-Mentholatum’s Shopee Dan Lazada official page. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk dan promosi, layari laman sosial rasmi Melano CC di Instagram dan Facebook

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas