Connect with us

Oh! Media

‘Nurse’ Didakwa Cuai Lagi, Terjatuhkan Bayi 2 Bulan Hingga Alami Pendarahan Otak Dan Retak Tulang Belakang

Trending

‘Nurse’ Didakwa Cuai Lagi, Terjatuhkan Bayi 2 Bulan Hingga Alami Pendarahan Otak Dan Retak Tulang Belakang

Baru-baru ini banyak kita dengar mengenai dakwaan kecuaian pihak hospital ataupun ‘nurse’ sehingga menyebabkan keadaan pesakit lebih teruk berbanding asalnya kan?

ADVERTISEMENT

BACA : “Mana Korang Belajar?” – Individu Dakwa Hospital Melaka Cuai Jadi Punca Tangan Bayi Bengkak

Terbaru! Bayi yang baru saja berusia dua bulan didakwa mengalami pendarahan otak serta retak tulang kepala atas kecuaian seorang jururawat di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor. Apa pula kali ni?

https://www.tiktok.com/@azie864/video/7256937817513790722?

Menurut satu perkongsian di TikTok, seorang individu memberitahu bayi tersebut terjatuh sewaktu dimasukkan di hospital itu. Allahu!

Kalau korang baca kapsyen, individu berkenaan yang merupakan ibu kepada bayi itu mengatakan yang anaknya dilahirkan tidak cukup bulan. Sebab itu dia terpaksa ditahankan di wad tetapi selepas dua bulan berada dalam jagaan hospital, keadaan anaknya semakin teruk.

Pihak hospital memberitahu baby ibu yang masih kecil dan tak cukup bulan telah terjatuhkan oleh jururawat yang tak bertanggungjawab.

Wanita tersebut dan suami dikatakan akan tuntut bela atas apa yang berlaku terhadap anaknya dan telah membuat laporan polis.

Bukan tu jer, wanita itu juga mendakwa yang pihak hospital langsung tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadap anaknya itu.

Info terkini mengenai kes ini, menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pihak kementerian sedang mengemas kini data bagi memastikan ada tindakan lanjut diambil untuk pihak hospital serta jururawat itu.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas