Connect with us

Oh! Media

Tersebar Video Pemain Harimau Malaya Rai Kejayaan Dalam Kelab Malam, Ini Respon Salah Seorang Pemain

harimau malaya

Trending

Tersebar Video Pemain Harimau Malaya Rai Kejayaan Dalam Kelab Malam, Ini Respon Salah Seorang Pemain

Di saat kita meraikan kejayaan layak ke Piala Asia 2023, tersebar pula video yang kurang enak ditonton. Ini apabila ada video menunjukkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya sedang berseronok di dalam sebuah kelab malam.

ADVERTISEMENT

Video berdurasi 8 saat itu tersebar di Facebook dan WhatsApp dan dapat dilihat pemain seperti Junior Eldstal, La’Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok sambil dilayan pelayan menuangkan minuman keras.

Ada juga beberapa pemain muda beragama Islam yang terlihat sedang memegang sesuatu yang dipercayai rokok.

Junior tak dapat komen lebih dan hanya ingin meraikan kemenangan

Portal HarimauMalaya bagaimanapun berjaya mendapat seorang pemain iaitu Junior Eldstal bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Saya tahu ramai salah faham dengan video tersebut terutamanya di sini (Malaysia) yang nampak kurang baik. Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu tetapi terdapat pemain-pemain bukan Muslim bersama.

Apabila sesuatu yang berlaku itu iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan. Ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya. – Katanya.

@sembangkaribolamalaysia katanya celebrate dengan non muslim tapi akhyar? hmm dengan merokok lagi 🌝 #harimaumalaya🐯 #harimaumalaya #akhyarrashid #akhyar #junioreldstal #demimalaysia🇲🇾 #demimalaysia #ultrasmalaya #berandatiktok #ultrasmalaya07 #ultrasmalaya07🇲🇾🐯 #malaysia ♬ original sound – haabye

Respon dari Junior ini bagaimanapun mengesahkan video yang tersebar bukan video lama. Apapun, kita nantikan penjelasan dari pemain Harimau Malaya beragama Islam yang terlihat dalam video berkenaan.

Kredit: Berita Harian | TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas