Connect with us

Oh! Media

“Pegawai Bagi Berbagai Alasan” – Individu Dakwa Sukar Nak Daftar Mualaf Di Pejabat Agama

mualaf

Trending

“Pegawai Bagi Berbagai Alasan” – Individu Dakwa Sukar Nak Daftar Mualaf Di Pejabat Agama

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Zolkifly Md Lazim meluahkan rasa kecewa apabila dia menghadapi kesukaran untuk mendaftarkan saudara baru (mualaf).

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian tersebut, dia mendakwa sejak dua bulan kebelakangan ini sudah 5 orang mengucap dua kalimah syahadah tetapi permohonan mereka untuk mendaftar di pejabat agama Islam ditolak.

mualaf
hij

Dakwanya lagi, 4 orang mualaf menyerah diri menghadiri kursus wajib Islam yang dianjurkan jabatan. Selepas tamat kursus, permohonan mereka didakwa tidak diterima dengan alasan tak faham Islam.

mualaf

Zolkifly Md Lazim berkata, dia cuba memenuhi permintaan pejabat agama iaitu membuat kelas supaya mereka benar-benar faham Islam.

Tetapi permohonan mereka untuk mendaftar sebagai Islam dikatakan masih ditolak. Setakat ini, luahan yang dibuat telah mendapat lebih 3,000 shares daripada netizen.

Pelbagai respon yang diterima di mana rata-ratanya memohon pejabat agama membuat siasatan dan menjelaskan hal yang sebenar.

Kredit: Facebook Zolkifly Md Lazim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas