Connect with us

Oh! Media

‘Percintaan’ Berakhir Dengan Tragis, Pelajar Perempuan Mati Ditekup Bantal Dengan Kekasih Penganggur

kekasih penganggur

Trending

‘Percintaan’ Berakhir Dengan Tragis, Pelajar Perempuan Mati Ditekup Bantal Dengan Kekasih Penganggur

Kejadian di Kampung Idaman, Pandamaran, seorang pelajar perempuan mati ditekup bantal dengan kekasihnya yang merupakan seorang penganggur.

ADVERTISEMENT

BACA: Tulang Kaki Dijumpai, Penganggur Terima Hukuman Mati Kerana Bunuh Teman Wanita

Menerusi laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2 pagi selepas mangsa berusia 16 tahun dibawa ke rumah kekasihnya yang berusia 24 tahun.

Ada ibu bapa dan abang di rumah suspek

kekasih penganggur

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong menyatakan, suspek telah mengetuk pintu bilik tidur ibu bapanya selepas mengangkat mangsa dari biliknya ke halaman rumah.

Abang suspek juga ada di dalam rumah namun tak ada seorang pun yang mendengar sebarang bunyi bising semasa suspek membunuh mangsa.

Pegawai Perubatan telah tiba ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan telefon daripada keluarga mangsa.

Mati di tempat kejadian

kekasih penganggur

Berdasarkan pemeriksaan, terdapat beberapa kesan calar dan lebam di bahagian muka dan leher mangsa. Mangsa juga dilaporkan mati di tempat kejadian.

Mangsa difahamkan tinggal bersama bapa saudaranya selepas ibu dan ayahnya bercerai.

Hubungan mangsa dan suspek ini bukanlah secara rahsia, tetapi diketahui oleh kedua-dua keluarga dan mereka telah bercinta selama setahun.

Berdasarkan siasatan awal berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa di bilik tidur tersebut dan suspek juga pernah membawa mangsa ke rumahnya beberapa kali sebelum ini.

Suspek yang ditangkap di lokasi kejadian kini direman sehingga 3 Julai ini dan hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau,

Bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kerana lemas ditekup bantal.

Allahuakbar, semoga suspek diberikan hukuman yang setimpal atas perbuatannya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas