Connect with us

Oh! Media

Dr Wan Azizah Tak Minta Penggunaan Nombor Plat Vellfire Tulis ‘Isteri Perdana Menteri’

dr wan azizah

Oh! Negara

Dr Wan Azizah Tak Minta Penggunaan Nombor Plat Vellfire Tulis ‘Isteri Perdana Menteri’

Isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Dr Wan Azizah hari ini terpalit pula dengan isu penggunaan nombor plat kereta yang didaftarkan dengan tulisan ‘ISTERI YAB PERDANA MENTERI’.

ADVERTISEMENT

Penggunaan plat pada kenderaan jenis Vellfire itu mendapat persoalan rakyat. Ada yang mendakwa Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor cuba membodek PM.

Dr Wan Azizah tak minta guna no plat seperti itu tapi…

Sedar tentang perkara ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong menjelaskan penggunaan plat berkenaan bukan atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.

dr wan azizah

Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri. Penyediaan ini turut melibatkan timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta kehadiran tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi.

Kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa berada di Kota Kinabalu.

BACA: “Saya Pernah Dipandang Hina, Digelar Isteri Banduan” – Wan Azizah

Penjelasan ini secara tidak langsung menepis segala dakwaan yang mengatakan ia budaya yang cuba digunakan PM Anwar Ibrahim.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas