Connect with us

Oh! Media

Abang Baju Merah Mengalirkan Air Mata, Dipenjara 9 Hari Lagi Sebab Tampar 2 Staf Restoran

abang baju merah

Oh! Tidak

Abang Baju Merah Mengalirkan Air Mata, Dipenjara 9 Hari Lagi Sebab Tampar 2 Staf Restoran

Selepas dijatuhkan hukuman penjara 7 hari tempoh hari, abang baju merah yang didapati bersalah menunjal kepala seorang pemandu wanita didapati bersalah lagi.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Dakwa Sebelum Kes Tunjal Kepala, Lelaki Baju Merah Ada Tampar Staf Restoran Berkali-Kali

Kali ini Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara 9 hari dan denda RM2,000 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada dua orang pelayan restoran.

Pesalah, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi mengaku bersalah dihadapan Majistret Qasiratuljannah Usmani Othman.

Kejadian yang berlaku pada 4 Jun 2023 jam 4.20 petang itu, pesalah dengan sengaja telah menampar pelayan restoran warga Asing. Kes seperti itu boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Selepas itu, Zaim didapati melakukan kesalahan sama ke atas seorang lagi pelayan restoren warganegara, V Dennis Pillai di lokasi sama.

Selepas didapati bersalah, Zaim dilihat mengalirkan air mata dan merayu agar hukuman diringankan kerana perlu menanggung seorang isteri yang akan bersalin hujung bulan ini dan seorang anak kecil. Dia juga perlu menanggung kos rawatan ibunya dan hanya memiliki pendapatan bulanan RM1,500 sahaja.

Zaim juga mengakui dirinya insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Kredit: Berita Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas