Connect with us

Oh! Media

“Haram Sebab Bukan Hak Kita, Walau 1 Sen” – Mufti Perjelas Isu Ambil Wang Tercicir RM30,000

wang

Oh! Islam

“Haram Sebab Bukan Hak Kita, Walau 1 Sen” – Mufti Perjelas Isu Ambil Wang Tercicir RM30,000

Pada 17 Julai lalu, berlaku satu insiden apabila sebahagian wang tunai RM30,000 milik seorang tukang gunting yang tercicir di Kampung Lak Lok, Besut, Kuala Terengganu.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, wang tunai milik Wan Ibrahim Wan Leh tercicir di Jalan Kota Bahru-Kuala Terengganu yang juga merupakan sebahagian wang simpanannya.

Menurut Wan Ibrahim dia tanpa sengaja meletakkan wang tunai itu di atas but kereta Honda Civic dipandu tukang gunting itu pada pukul 11 pagi.

Malah, setakat ini hanya kira-kira RM1,000 wang tunai yang tercicir itu telah dipulangkan semula kepada keluarga Wan Ibrahim.

wang

Dalam pada itu, Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Haron menasihatkan individu yang terambil sebahgian wang tunai itu diminta asegra memulangkannya.

Haram hukumnya sebab bukan hak kita walaupun ambil sedikit, satu sen sekalipun.

Orang yang sudah mengambil wang berkenaan, kena cari balik tuan punya, kembalikan wang itu kepada yang berhak. Itu sepatutnya dilakukan.

Malah, Mohamad Sabru turut menyatakan berdasarkan sejarah Nabi Muhammad pernah melarang seorang sahabatnya yang ingin mengambil tali kasut yang merupakan harta rampasan perang belum diagihkan (harta ghanimah) selepas berakhirnya satu peperangan.

Tambahan, Rasulullah menghalang perkara demikian kerana perbuatan tersebut haram yang dilarang Islam.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas