Connect with us

Oh! Media

Babak ‘Kritikal’ Bisik-Bisik Gelora Jadi Bahan Ketawa, Pengarah Jelaskan Bukan Kru Produksi Yang Pasang Tapi..

Trending

Babak ‘Kritikal’ Bisik-Bisik Gelora Jadi Bahan Ketawa, Pengarah Jelaskan Bukan Kru Produksi Yang Pasang Tapi..

Babak berada dalam keadaan kritikal di hospital yang dilakonkan oleh Redza Rosli dalam Bisik-Bisik Gelora mengundang kritikan penonton termasuk doktor.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Netizen Tak Jadi Sedih Tengok Scene Ini, Kapas Di Hidung Pelakon Tiba-Tiba Melompat

Menurut doktor, penyambungan tiub bantuan pernafasan tidak dipasang dengan betul sebagaimana rawatan sebenar.

Ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen adakah pengarah dan produksi terlibat tidak merujuk orang yang lebih pakar.

Menjawab kepada kritikan itu, pengarah Riza Baharudin berkata, sebelum babak tersebut dibuat, pihaknya telah mendapatkan nasihat mereka yang arif. Malah, peralatan itu dipasang sendiri oleh pihak perubatan bukanlah kru produksi.

Kalau boleh saya tidak mahu kaitkan sesiapa. Tapi saya perlu jelaskan bahawa tiub bantuan pernafasan itu telah dipasang oleh individu yang arif tentang perubatan dan bukannya pihak kru produksi.

Bila pihak perubatan sendiri yang memasangnya, saya tidaklah boleh memandai-mandai kata salah. Jadi saya anggap sahaja cara pemakaian tiub bantuan pernafasan itu betul.

Sebagai seorang pengarah, ketika babak ini dilakonkan di hospital, dia turut berada di lokasi dan beberapa kali bertanyakan pihak perubatan untuk kepastian.

Banyak kali saya tanya itu dan ini kerana mahu segala-galanya nampak sempurna.

Ini membuatkan dia yakin bahawa alatan sudah dipasang dengan betul. Dia bagaimanapun memohon maaf dan memikul tanggungjawab berkenaan drama itu sepenuhnya.

Insiden yang berlaku ini dijadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas