Connect with us

Oh! Media

Jangkitan Cacar Monyet Bakal Menular Di Malaysia? Ini 5 Langkah Diperkenal KKM Untuk Hadapi Wabak Tersebut

Oh! Lifestyle

Jangkitan Cacar Monyet Bakal Menular Di Malaysia? Ini 5 Langkah Diperkenal KKM Untuk Hadapi Wabak Tersebut

Baru je nak reda sikit dengan pandemik Covid-19, timbul pula wabak cacar monyet yang menjadi kebimbangan semua warga dunia.

ADVERTISEMENT

BACA: Penyakit Cacar Monyet Kini Merebak Ke 15 Negara

Bahkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula telah mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global pada Sabtu yang lalu.

KKM perkenal langkah hadapi kemungkin wabak cacar monyet

Ekoran daripada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memuat naik satu ciapan menerusi Twitter mengenai langkah yang boleh diambil bagi menghadapi kemungkinan jangkitan cacar monyet di Malaysia.

Antara langkah yang disarankan KKM bagi menghadapi kemungkinan penyebaran wabak cacar monyet ini adalah:

  1. Memaklumkan kepada fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta tentang keperluan menotifikasikan kes disyaki dan disahkan cacar monyet dengan segera bagi memastikan langkah kawalan dan pencegahan dapat diambil, termasuk mengenalpasti kes kontak rapat.
  2. Mewujudkan pengawasan sentinel di beberapa buah klinik swasta dan kerajaan bagi memantau kejadian penyakit ruam/lesu kulit.
  3. Mempertingkatkan kapasiti makmal yang boleh menjalankan pengesanan virus cacar monyet, iaitu dua makmal ditambah menjadi 12 makmal iaitu 8 makmal kerajaan dan 4 makmal swasta.
  4. Mempertingkatkan pengawasan di pintu masuk antarabangsa negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia, syarikat-syarikat penerbangan dan agensi berkaitan.
  5. Kerjasama dengan kementerian dan agensi seperti Majils Keselamatan Negara, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelancongan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pengajian Tinggi, pihak badan bukan kerajaan dan lain-lain.

Cara jangkitan cacar monyet boleh disebarkan

Bukan itu sahaja, KKM turut memaklumkan cara wabak cacar monyet ini boleh disebarkan:

  1. Virus boleh disebarkan melalui sentuhan langsung dengan ruam atau lesu pada kulit sama ada baharu atau yang sudah menjadi kuping atau cairan dari ruam.
  2. Sentuhan dari haiwan yang dijangkiti sama ada melalui gigitan atau cakaran atau dengan memakan hasil produk haiwan tersebut.
  3. Sentuhan dari peralatan yang tercemar dengan lesu kulit atau cairannya.
  4. Individu yang dijangkiti boleh menularkan jangkitan ini kepada individu lain dalam tempoh sehari sebelum berlaku lesu pada kulit sehingga 21 hari bermulanya gejala atau sehingga lesu menjadi kuping dan pesakit tidak lagi bergejala.

Dalam pada itu, pelancong yang baru sahaja tiba dari negara yang mempunyai kes cacar monyet perlu melakukan pemeriksaan kesihatan seperti demam, keletihan dan sakit kepala selama tempoh 21 hari dari tarikh tiba di Malaysia.

Untuk info, sebanyak 2,103 kes cacar monyet dilaporkan berlaku di 42 buah negara dengan satu kematian pada 17 Julai lalu dan dalam tempoh kurang dari dua bulan, bilangan kes telah meningkat kepada 16,836 kes dengan lima kematian melibatkan 74 buah negara pada 22 Julai lalu.

Kredit: Twitter KKMalaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas