Connect with us

Oh! Media

Syasya Dolla Terima Teguran Imej Seksi Dari Nenek Dengan Hati Terbuka

syasya dolla

Oh! Artis

Syasya Dolla Terima Teguran Imej Seksi Dari Nenek Dengan Hati Terbuka

Syasya, anggota kumpulan Dolla menerima teguran dengan hati yang terbuka dari neneknya, Rozie Othman yang merupakan pelakon veteran berkenaan imej seksinya.

ADVERTISEMENT

Menurut Syasya, dari segi pemakaian dia sudah selesa menjadi diri sendiri. Namun, dia akan cuba memperbaiki dirinya menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Bagi saya apa yang nenek saya kata itu ada yang betul tapi generasi sekarang ada gaya tersendiri.

Zaman dahulu dengan sekarang banyak beza, Insya Allah apa yang ditegur saya akan perbaiki.

Tapi saya pun nak bawa imei dan jadi diri saya sendiri, tak mahu berpura-pura menjadi orang lain,”

syasya

Malah, Syasya berkata Rozie ada menghubunginya untuk memberi nasihat. Baginya sebagai cucu dia memahami niat baik neneknya yang risau dengan keadaannya.

Syasya ditemui pada malam Rabu, sewaktu majlis ramah mesra bersama media anjuran Universial Music Malaysia.

Dia hubungi saya berpesan agar menjaga diri tapi apa dikatakan memang betul malah nasihatnya saya selalu dengar.

Saya tahu niatnya baik menegur apatah lagi saya cucunya. Memang sifatnya suka mengambil berat. Kami okay sahaja malah sebenarnya hubungan kami memang akrab.

Raya tempoh hari pun kami ada bertemu… dia seorang nenek yang cool. Dia dulu pelakon jadi dia faham situasi anak seni ini macam mana.

Syasya Dolla

Dalam pada itu, penyanyi itu berkata dia tidak pernah rasa terbeban dengan teguran yang diberikan mengenai imejnya yang menjolok mata.

Sebenarnya saya tak rimas, sebab itu imej saya jadi saya ada hak untuk berkata juga. Saya okay.

Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang cara berpakaian, kalau ada yang rasa saya terlampau seksi, Insya Allah saya akan kurang-kurangkan.

Saya akan sentiasa berhati-hati dalam pilihan saya dan fikir terlebih dahulu.

BACA: Nenek Syasya Dolla Rupanya Seorang Pelakon Veteran, Tegur Cucu Untuk Berubah!

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas