Connect with us

Oh! Media

“Yang Nombor Tiga Ehem Atau…?” – Misya Terkejut Dengan Soalan Yang Ketiga

misya

Oh! Artis

“Yang Nombor Tiga Ehem Atau…?” – Misya Terkejut Dengan Soalan Yang Ketiga

Tidak seperti sebelum ini, Misya Mazlan isteri pertama kepada Aslam nampaknya masih kekal tenang walaupun dilanda masalah rumah tangga.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Aslam Dirakam Mesra Makan Bersama Isteri Pertama, Misya Di Restoran

Terbaru, Misya sempat bergurau apabila menjawap soalan tentang perancangan untuk menampak anak ketiga bersama Aslam.

Video itu tersebar di TikTok di mana Misya ketika itu sedang disolek sebelum jalankan sesi fotografi. Seorang individu kemudian saja mengusik Misya dengan soalan anak ketiga.

Misya bergurau, buat-buat tanya ketiga apa yang dimaksudkan. Isteri ketiga atau anak ketiga?

Tiga yang mana tu kak? Yang nombor tiga ehem ke atau anak nombor tiga?

Saya masih pertimbangkanlah kalau ada tu Alhamdulillah. Tapi apa-apa pun masih merancanglah.

Dalam pada itu, Misya turut sempat berkongsi pengalamannya melahirkan dua orang anak. Anak sulungnya lahir semasa dia berumur 21 tahun dan ketika itu dia berasa kurang keyakinan sama ada boleh menjadi ibu atau tidak.

Misya tak kena alahan teruk semasa lahirkan kedua-dua anak…

Namun, disebabkan masalah diabetes, dia terpaksa melahirkan anak sulungnya lebih awal dari jangkaan masa. Apapun, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang alahan teruk atau mengidam yang pelik-pelik.

Alhamdulillah sewaktu mengandung kedua-dua anak saya tidak mengalami alahan mabuk atau mengidam sebab saya tidak perasan pun saya sedang mengandung.

Sebenarnya saya masuk hospital bukan atas sebab dah sampai due date. Sewaktu mengandung saya ada kencing manis. Tiba-tiba malam tu sudah terbuka bukaan. Kiranya saya pun belum cukup bersedia mental nak bersalin.

Baguslah tengok Misya tenang dan semoga terus tabah melalui ujian dalam rumah tangga.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas