Connect with us

Oh! Media

Nabil Mahir Akui Tersasul Ketika Umum ‘Berpeluh-Peluh’ Dengan Ayda Jebat Buat Anak Kedua

Oh! Artis

Nabil Mahir Akui Tersasul Ketika Umum ‘Berpeluh-Peluh’ Dengan Ayda Jebat Buat Anak Kedua

Sebelum ini kecoh tentang suami kepada Ayda Jebat, Nabil Mahir yang mengeluarkan kenyataan telah bekerjasama sampai ‘berpeluh-peluh’ menghasilkan zuriat kedua mereka dengan selambanya di khalayak ramai.

ADVERTISEMENT

BACA : Nabil Mahir Umum Secara Terbuka Bekerjasama, Berpeluh-Peluh Dengan Ayda Jebat Buat Anak Kedua Undang Kecaman

Menurut laporan Astro Gempak, Nabil Mahir tampil memohon maaf kepada mereka yang kurang senang dan terganggu dengan kenyataannya itu.

Personaliti TV itu perjelas bahawa dirinya terkejut dan tidak sangka dikecam selepas pengumuman itu dibuat dan perkara ini dikatakannya sendiri ketika ditemui pihak Astro Gempak.

Saya pun terkejut sebab selepas pengumuman itu saya tak ada pula lihat komen-komen di media sosial jadi tak tahu ada yang tidak senang.

Sejujurnya saya cuma nak berkongsi berita gembira itu sahaja dengan cara tersendiri tapi saya minta maaf jika ia menyinggung sesetengah pihak.

Nabil juga berkata dia sebenarnya tersasul nak sebut ‘bersungguh-sungguh’ tapi terkeluar ‘berpeluh-peluh’.

Selepas cakap itu baru saya beritahu Ayda eh apa saya cakap tadi dan ia berlalu begitu sahaja.

Saya memang tak baca komen atau apa jua berita di tabloid sebab saya juga perlu jaga emosi dan pastikan saya gembira.

Betul juga tu, kadang-kadang kita nak sampaikan lain, yang terkeluar dari mulut lain. Apapun tahniah diucapkan kepada Nabil dan Ayda ya.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas