Connect with us

Oh! Media

Indonesia Bandingkan Harga Petrol Di Malaysia Dan Kaji Kenapa Murah Sangat

petrol

Oh! Negara

Indonesia Bandingkan Harga Petrol Di Malaysia Dan Kaji Kenapa Murah Sangat

Korang pernah bandingkan dan tahu tak berapa agaknya harga minyak petrol negara lain? Tapi itulah, kita jarang banding-banding ni tapi negara jiran kita, Indonesia ada bandingkannya.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan laman media Indonesia, Big Alpha, mereka mengatakan harga petrol di Malaysia jauh lebih murah dibandingkan dengan Indonesia.

Jika Malaysia ada Petronas, Indonesia juga ada Pertamina sebagai pengeluar minyak. Bagaimanapun, jika dilihat dari harga, RON95 di Malaysia hanya RM2.05/liter dan RON90 Indonesia pula RM3.06/liter. Kualiti minyak lebih rendah dari kita tetapi harga lebih mahal.

Namun, jika dilihat dari faktor lain, sebenarnya Malaysia adalah negara pengeksport minyak dan Indonesia adalah negara pengimport minyak.

Dalam perkongsian itu, mereka turut menjadikan faktor geografi sebagai punca harga petrol mereka lebih mahal. Indonesia lebih besar dan banyak kepulauan untuk dihantar.

Walaupun begitu, harga petrol di Malaysia lebih murah kerana kerajaan memperuntukkan subsidi yang lebih tinggi iaitu sekitar RM81 bilion berbanding RM29 bilion di Indonesia.

Kredit: Big Alpha

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas