Connect with us

Oh! Media

Elon Musk Bakal Beri Bantuan Guaman Jika Hilang Kerja Kerana Status di X

elon musk

Oh! Tech

Elon Musk Bakal Beri Bantuan Guaman Jika Hilang Kerja Kerana Status di X

Jika anda pernah kehilangan kerja atau diberikan amaran kerana ciapan yang dihantar menerusi X, Elon Musk mempunyai tawaran kepada anda.

ADVERTISEMENT

Elon Musk berjanji akan memberikan jaminan bantuan guaman bagi memenangi kes menentang majikan di mahkamah.

Menerusi satu perkongsian status yang dimuat naiknya, Musk menyatakan tiada had akan dikenakan bagi memastikan kebebasan suara tidak dihalang.

elon musk

Malah, Musk juga berkata beliau akan membantu kakitangan yang terkesan menyaman syarikat hingga ke peringkat lembaga syarikat.

Dalam pada itu, Musk juga tidak memaklumkan tawaran ini tidak pula terbuka kepada semua pengguna X atau terhad kepada Amerika Syarikat sahaja.

Sementara itu, di Malaysia semakin banyak syarikat mempunyai klausa mengenai pengguna media sosial.

Kebanyakkan kes halangan memuat naik status yang boleh merosakkan nama syarikat harus dipersetujui dan majikan mempunyai hak untuk membuang kakitangan jika ini dilanggar.

BACA: Elon Musk Perkenalkan Logo Baru Untuk Twitter, Ucap Selamat Tinggal Logo Burung

Terdahulu, Elon Musk memperkenalkan logo baharu untuk Twitter iaitu X dan tidak lagi menggunakan logo burung yang ikonik itu.

Kredit: Twitter Elon Musk

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7249676955367312658?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas