Connect with us

Oh! Media

Pelakon Terkenal Empat Tahun Tak Dapat Job Selepas Berhijab, Sampai Terpaksa Gadai Harta

lisdawati

Oh! Artis

Pelakon Terkenal Empat Tahun Tak Dapat Job Selepas Berhijab, Sampai Terpaksa Gadai Harta

Berhijrahlah… Walaupun ia sukar tetapi percayalah dengan hijrah kita akan dapat lebih ketenangan dan rasa mudah jer dalam hidup ni. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan memang banyak dugaan yang kita akan lalui sepanjang proses hijrah. Sama macam perkongsian pelakon ini.

ADVERTISEMENT

Pelakon senior, Lisdawati berkongsi tentang kisah hijrahnya selepas membuat keputusan untuk menutup aurat sepenuhnya.

Lisdawati yang sudahpun berusia 45 tahun, memaklumkan dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon selama empat tahun lebih.

Bergolok gadai dengan pihak bank, surat merah sampai dan kereta kena tarik. Itu semua saya dan suami dah rasa.

Saya pernah berdoa kalau jalan saya untuk berlakon, tolong kembalikan tawaran kepada saya dan saya akan menjaga ibadah mengikut tuntutan agama. Sebab itu saya mula pakai sarung tangan dan kaki dan cukup menjaga waktu solat.

Lisdawati bagaimanapun kuat dan tidak pernah terfikir untuk berpatah balik dan menyesal untuk memakai tudung walaupun menerima ujian seumpama itu.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas