Connect with us

Oh! Media

Netizen Syak Datuk K Buat Perangai, Siti Nurhaliza Selamba Jawab Dengan Gambar

siti nurhaliza

Oh! Artis

Netizen Syak Datuk K Buat Perangai, Siti Nurhaliza Selamba Jawab Dengan Gambar

Kecoh satu Malaysia semalam selepas penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik quote berkaitan suami di Instagram Story.

ADVERTISEMENT

Iyalah, kata netizen penyanyi kesayangan ramai ini jarang sekali ‘up’ hal sebegitu menyebabkan ramai yang membuat spekulasi rumah tangga sedang bergolak.

BACA: Hantaran Datuk Siti Nurhaliza Tentang Ujian Terbesar Isteri Timbul Kerisauan Peminat

Terbaru, Siti atau lebih mesra dipanggil TokTi akhirnya buka mulut menjawab khabar angin itu. Tokti dengan selamba jawab dengan gambar je tau.

“Nak bisik sat” – Siti Nurhaliza

Nampak kelibat suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hadir di majlis Sambutan Ulangtahun Ke-45 Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Makan Malam Tahunan CTDK Group.

Di ruangan kapsyen, TokTi menulis ringkas meminta netizen tidak berfikiran bukan-bukan dan menyebarkan gosip yang tidak betul.

Haaa..suka gosip tau. Tak baik tau fikir bukan-bukan..uols ni pun.

Alhamdulilah, boleh tidur lena dah para peminat Siti Nurhaliza! Semoga pasangan ini sentiasa bahagia dan rumah tangga dilimpahi kasih sayang hingga ke jannah. Amin.

Kredit: Instagram Siti Nurhaliza

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas