Connect with us

Oh! Media

Disyaki Guna Logo Halal Tak Sah, KPDN Perak Sita Produk Salmon Skin Salted Egg Popular 

kpdn perak

Oh! Tidak

Disyaki Guna Logo Halal Tak Sah, KPDN Perak Sita Produk Salmon Skin Salted Egg Popular 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak hari ini mengambil tindakan sita sebuah premis memproses produk salmon skin salted egg kerana disyaki menggunakan logo halal tidak sah.

ADVERTISEMENT

BACA: Disyaki Sorok 180 Tan Beras, Kilang Di Kedah Kena Sita

Lapor Sinar Harian, KPDN bertindak menyerbu premis yang terletak di Kawasan Industri Jelapang, Ipoh selepas mendapat maklumat awam.

Disyaki guna logo halal tak sah

kpdn perak

Menurut Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, semasa pemeriksaan pihaknya menemui sejumlah produk makanan ringan yang telah ditanda logo halal.

Namun, hasil semakan awal mendapati logo halal tersebut digunakan untuk tujuan perdagangan secara tidak sah.

Apabila diminta KPDN, pengurus premis gagal mengemukakan sebarang perakuan halal yang diperakukan oleh pihak berkuasa.

Dapat sambutan hangat online

Sekadar gambar hiasan

Tambah Kamalludin lagi, produk itu dikesan dijual secara online dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Siasatan dilakukan atas kesalahan melanggar Subperenggan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi kesalahan di bawah Subperenggan 8 (a) perintah.

Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala denda tidak melebihi RM250,000 bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan.

Dilaporkan, pihak KPDN menyita semua dokumen perniagaan, produk dan balang plastik tertera logo halal yang dianggarkan berjumlah RM88,582.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas