Connect with us

Oh! Media

Pembeli Mengeluh, Baru Pukul 8 Pagi Ayam Segar Dekat Pasar Dah Habis

ayam segar

Oh! Makan

Pembeli Mengeluh, Baru Pukul 8 Pagi Ayam Segar Dekat Pasar Dah Habis

Seperti dijangkakan, bekalan ayam segar di Petaling Jaya, Selangor nampaknya berkurangan hari ini. Situasi ini membuatkan pembeli mengeluh kerana tidak dapat membeli stok ayam seawal pukul 8 pagi lagi.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Utusan Malaysia yang melihat situasi di sekitar pasar-pasar basah, rata-rata pembeli terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Tiga lokasi seperti di kedai ayam Seriab, Pasar Sena dan pasar pagi Titi Chai semuanya habis.

“Kalau pukul 8 pagi ayam sudah habis memang melampaulah.” – Kata seorang pembeli.

Peniaga juga dilihat telah menggantungkan notis ayam habis seawal jam 7.50 pagi. Situasi ini memang dijangka akan berlaku di beberapa daerah selepas pembekal ayam tidak beroperasi selama 2 hari bermula semalam.

Kami minta ayam sebanyak 830 ekor daripada pembekal, tapi bila sampai hanya 730 ekor iaitu kurang 100 ekor daripada yang kami tempah malam sebelumnya. – Kata peniaga.

Diharapkan pihak kerajaan dapat memantau keadaan ini dalam memastikan bekalan bahan mentah cukup untuk rakyat.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas