Connect with us

Oh! Media

“Dah Jatuh Miskin Ke?” – Jasmin Hamid Kena Sindir Gara-Gara Pakai Wira Lama

wira jasmin hamid

Oh! Artis

“Dah Jatuh Miskin Ke?” – Jasmin Hamid Kena Sindir Gara-Gara Pakai Wira Lama

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia macam mana nak tutup agaknya? Itulah situasi yang sedang dihadapi pelakon veteran Jasmin Hamid apabila dia disindir jatuh miskin gara-gara menggunakan Proton Wira.

ADVERTISEMENT

Menerusi Instagram, pelakon ini berkata, kereta kesayangannya itu mempunyai nilai sentimental yang tinggi sebab itulah sampai sekarang dia masih menjaganya dengan baik.

wira

Jasmin Hamid atau nama penuhnya Jasmiah Abdul Hamid berkata, kereta merah bernama Bobob itu baru je pulih lepas ‘terlantar’ sakit beberapa tahun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelakon ini siap bagi amaran jangan sesiapa berani buat macam-macam dekat Bobob tau. Dia sendiri tak pernah berasa malu menaiki kereta buruk, mengapa orang lain mahu persoalkan pula?

Tak ada salahnya kak Jasmin, yang salahnya adalah mentaliti segelintir orang yang memandang kemewahan daripada harta benda. Betul tak?

Kredit: Instagram Jasmin Hamid

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas