Connect with us

Oh! Media

Buntu Fikirkan Cara Hilangkan Gam Gajah Terkena Kulit? Ikuti 6 Petua Ini

GAM

Oh! Lifestyle

Buntu Fikirkan Cara Hilangkan Gam Gajah Terkena Kulit? Ikuti 6 Petua Ini

Korang mesti pernah ada dalam situasi tiba-tiba gam gajah yang korang gunakan untuk deko rumah terlekat pula di jari kulit atau tangan?

ADVERTISEMENT

Gam jenis ini banyak digunakan di dalam proses membaikpulih, menghias atau mencantum lebih daripada satu objek yang tidak menggunakan pendakap lain seperti skru, paku, kabel atau tali.

Mesti korang buntu memikirkan cara untuk menanggalkan gam gajah pada tangan korang, jangan risau kali ini kami akan kongsikan 5 cara untuk mehilangkannya.

Basuh dengan air dan sabun

Cara yang pertama adalah membasuh bahagian kulit yang terlekat gam itu dengan menggunakan air dan sabun. Ia adalah langkah paling umum dan utama korang harus cuba.

Korang perlu gunakan suhu air yang agak hangat namun jangan sampai terlalu panas. Jika gosokan masih tidak boleh menyingkirkan gam tersebut, cuba teknik rendaman di dalam baldi pula.

Gam

Sapu mentega atau minyak masak

Mentega dan pelbagai jenis minyak masak sama ada daripada sawit, jagung, zaitun dan lain-lain itu mampu untuk memisahkan dua atau lebih bahagian kulit yang terlekat gara-gara gam kekal.

Ini situasi yang sama seperti di mana korang ingin melonggarkan sesuatu yang terlalu ketat kerana ia akan melicinkan dan memudahkan sebarang jenis  permukaan tersebut ditarik atau dibuang.

Lemon

Penggunaan lemon juga berkesan kerana buah sitrus ini memiliki sifat asidik untuk menghakis dan menyingkirkan gam itu daripada kulit.

Korang hanya perlu perah ia ke atas kulit atau rendam sahaja di dalam air bercampur lemon.

Gam

Sama juga seperti di atas tadi, korang mungkin perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan ia kalau ada luka pada kulit kerana buah lemon juga boleh menyebabkan luka tersebut terasa pedih.

Penghilang cat kuku (Acetone)

Cara yang terakhir adalah menggunakan penghilang cat kuku kerana ia mengandungi bahan kimia bernama acetone yang mampu melarutkan sebarang anasir yang melekat pada kuku dan kulit tidak kira cat, pewarna, pewangi mahupun gam gajah.

Peringatan keras untuk korang, bahan kimia ini bersifat toksik dan korang tidak boleh gunakan ia pada kulit yang cedera.

Selepas guna pula, sila basuh kulit dengan sempurna untuk elak komplikasi.

Garam

Gam

Cara kedua adalah dengan menggunakan garam di dapur sahaja. Untuk pengetahuan korang semua, gam kekal hanya boleh melekat pada permukaan yang ada kelembapan dan garam itu mampu untuk menghilangkan unsur ini.

Cuma korang perlu berwaspada kerana ada risiko untuk kulit korang terluka jika situasi ini terjadi dan penggunaan garam pada kulit ini pula hanya akan mengakibatkan luka tersebut terasa pedih.

Kredit: HelloDoktor

+ Baca respon pembaca Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • GAM
  • GAM

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas