Connect with us

Oh! Media

“Terima Hakikat Tuan Puan” – Tular Video Anak Jemaah Bakal Haji ‘Pujuk’ Mangsa Terkandas Di KLIA

Trending

“Terima Hakikat Tuan Puan” – Tular Video Anak Jemaah Bakal Haji ‘Pujuk’ Mangsa Terkandas Di KLIA

Hasrat hampir 400 jemaah untuk menunaikan haji visa furada tidak kesampaian apabila mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

ADVERTISEMENT

BACA: “Ada Yang Kumpul Duit Seumur Hidup” – 400 Jemaah Haji Visa Furada Terkandas Di KLIA

Mereka dipercayai telah ditipu agensi pelancongan swasta apabila penerbangan yang dijanjikan tidak kunjung tiba. Difahamkan, mereka menggunakan visa furada dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Di TikTok, tular video memaparkan anak kepada salah seorang jemaah memujuk mangsa terkandas supaya tampil membuat laporan polis.

Lelaki itu meyakinkan para jemaah untuk menerima hakikat bahawa tiada lagi penerbangan selepas ini. Walaupun sedih, mereka harus sedar dan berjuang demi hak mereka yang telah diambil.

Sekurang-kurangnya kita nak dapatkan refund dan pasport. Saya kira anggaran 360 jemaah didarab dengan RM60,000 bersamaan RM21 juta telah habis.

Di ruangan komen, rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa bakal jemaah haji. Mereka berpendapat ejen sepatutnya memaklumkan terlebih awal jika ada masalah dengan visa bukannya hanya mendiamkan diri.

Kredit: TikTok @noorhanaatiqah2

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas