Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Cara Nak Hilangkan Kesan Hitam Pada Baju Akibat Seterika Atau Karat

baju

Oh! Lifestyle

Ini 5 Cara Nak Hilangkan Kesan Hitam Pada Baju Akibat Seterika Atau Karat

Pernah tak sewaktu korang gosok baju ia mempunyai kesan akibat daripada seterika yang korang gunakan?

ADVERTISEMENT

Contohnya, ada kesan hitam pada baju atau warna seakan-akan kesan karat. Korang mungkin pernah berada dia dalam situasi ini dan buntu memikirkan cara hilangkan kesan seterika pada baju ini. 

Jangan risau, kali ini kami akan kongsikan kepada korang cara menghilangkan kesan seterika pada baju.

Baju

Sebelum itu, kebiasaanya kesan hitam yang melekat pada baju korang disebabkan oleh kesan hangus pada permukaan seterika.

Ini cara hilangkan kesan seterika pada baju

Untuk pengetahuan korang, cara-cara yang akan kami kongsikan ini boleh digunakan dalam dua keadaan iaitu menghilangkan kesan hitam ketika gosok baju akibat seterika dan juga menanggalkan kesan karat air atau besi pada baju korang.

Cuka

Korang boleh menggunakan cuka untuk mencegah kesan besi atau seterika daripada muncul pada pakaian korang dan juga untuk menanggalkannya.

Malah, korang juga boleh ikuti cara ini apabila anda mencuci pakaian yang berwarna putih.

Pastikan pakaian korang direndam dalam air suam yang dicampur dengan satu sudu cuka selepas selesai dicuci.

Cara hilangkan kesan seterika pada baju: Lemon

Untuk cara ini korang boleh mengambil satu hirisan kecil lemon dan sapu pada kesan karat atau hitam yang ada pada pakaian.

Baju

Cara ini bukan sahaja akan menghilangkan kesan karat, tetapi juga semua kesan lain pada pakaian korang.

Tetapi, jika hasilnya tidak begitu berkesan, korang boleh tambahkan secubit garam laut pada hirisan lemon sebelum digosok pada baju korang .

Untuk membersihkan kesan karat pada pakaian putih, letakkan baju yang disapu dengan lemon dan garam di bawah cahaya matahari selama kira-kira sejam.

Garam

Garam merupakan antara bahan dapur yang membantu untuk menanggalkan kesan karat dan hitam seterika. Garam boleh membantu dalam mengurangkan kandungan besi daripada fabrik.

Baju

Rendam pakaian yang telah dibasuh dalam air yang dicampur dengan secubit garam selama 20-30 saat.

Namun, jangan rendam pakaian dalam air masin semalaman kerana ia boleh melunturkan warna pakaian korang. 

Cara hilangkan kesan seterika pada baju: Baking soda

Baju

Caranya adalah anda perlu menambahkan satu sudu baking soda ke dalam setengah baldi air sejuk.

Pastikan pakaian korang direndam dalam larutan ini selama 20-25 minit dan kemudiannya basuh menggunakan sabun pencuci lembut.

Tambahan, korang juga boleh menggunakan pes baking soda untuk tujuan ini. Buat pes dengan cara mencampurkan baking soda bersama air.

Setelah itu, sapukan pes ini ke atas kesan karat dan biarkan ia meresap ke dalam kotoran. Gosok dengan lembut menggunakan berus gigi lama atau berus dawai.

Krim tartar

Ambil periuk dan rebus dua liter air dengan enam sudu krim tartar. Setelah itu, tutup api dan biarkan ia sejuk sebentar.

Baju

Kemudian, rendam pakaian yang mempunyai kesan seterika atau karat dalam air tersebut selama 1-2 jam untuk menghilangkan kesan kotoran degil.

Namun, elak daripada menggunakan kaedah ini bagi pakaian berwarna dan pakaian yang mudah rosak. 

BACA: Ini Tip Jadikan Baju Putih Bersih Seperti Baru

Sebelum ini kami ada kongsikan pelbagai cara untuk mengekalkan pakaian korang berwarna putih walaupun sudah basuh dan pakai berkali-kali.

Kredit: HelloDoktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kalau korang masih batuk and dah cuba macam-macam ubat maybe korang boleh try cara ni pulak #sarsi#ubat#batuk#tradisional#ohlifestyle#ohmedia

♬ Japanese-style dramatic piano song – スタジオ Music Rabbit

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas