Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Lari”- Abang Viva Tuntut Ilmu Selamatkan Orang

abang viva

Oh! Artis

“Saya Tak Lari”- Abang Viva Tuntut Ilmu Selamatkan Orang

Siapa tak kenal dengan Abang Viva ni? Hero Malaysia yang selalu ada tiap kali banjir ni korang tak kenal? Stopa kenal pula? Tak patut betul. Ohmedia tertarik betul dengan sikap Abang Viva, Azwan Omar ni sebab tak mesti akan usaha bagi bantuan dekat orang yang ditimpa musibah macam banjir sebelum ni.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Azwan berkongsi telah mengikuti Kursus Asas Pertahanan Awam selama 3 hari untuk tambah lagi ilmu ketika lakukan misi menyelamat.

Memetik laporan Utusan, Azwan berusia 30 tahun itu mengakui lebih yakin untuk memberikan bantuan kepada mangsa bencana terutamanya mereka yang terlibat banjir.

Menurut Azwan, kemahiran asas seperti bantuan pernafasan (CPR) dan ikatan amat penting semasa menyertai misi menyelamat bukan sahaja untuk membantu mangsa namun untuk kepentingan diri sendiri.

Tambahnya lagi, banyak perkara baharu yang dipelajari ketika menyertai kursus APM dan merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna buatnya.

Saya diajar ikatan simpul mati dengan lebih baik, diajar menjadi lebih berdisiplin yang mana pengalaman ini tidak dapat di tempat lain. Lepas ni orang pengsan saya tak lari.

Azwan juga turut berkongsi bahawa sebelum ini dia tidak mempunyai sebarang kemahiran semasa pergi memberi bantuan secara solo kepada mangsa banjir.

Perkara itu mendapat perhatian warganet dan rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada Azwan kerana menyertai kursus tersebut.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas