Connect with us

Oh! Media

Terkini! Kedai Nasi Ayam Viral Pulau Pinang Sah Tiada Sijil Halal, Masak Daging Khinzir Di Paya Terubong

nasi ayam viral

Oh! Makan

Terkini! Kedai Nasi Ayam Viral Pulau Pinang Sah Tiada Sijil Halal, Masak Daging Khinzir Di Paya Terubong

Selepas pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) membuat siasatan, akhirnya sahlah bahawa kedai nasi ayam viral di Pulau Pinang tidak mempunyai sijil halal.

ADVERTISEMENT

BACA: Jabatan Agama Islam Pulau Pinang Siasat Nasi Ayam Viral Ambil Bahan Masakan Dari Restoran Bukan Islam

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Pengarah JHEAIPP, Mohd Hanif Omar Wahab. Hasil siasatan turut mendapati pemilik kedai nasi ayam merupakan seorang Muslim dan mempunyai restoran nasi ayam dan itik di dalam kompleks beli-belah.

Pemilik orang Islam dan bukan Islam

Akan tetapi, restoran nasi ayam dan itik itu dimilki lelaki Muslim dan seorang lagi pemilik bukan Islam.

Siasatan dijalankan pada hari ini (Selasa) bermula pukul 10.45 pagi hingga 3 petang di dua lokasi iaitu sebuah medan selera di kompleks beli-belah dan sebuah kedai lagi di Paya Terubong.

Nasi ayam yang dimasak di sini kemudian di bawa ke Sungai Ara. Hasil siasatan juga mendapati premis itu menyediakan makanan nasi ayam, itik dan juga daging babi.

Pemilik kedai tersebut mengaku hanya menghantar makanan yang tidak habis dijual ke restoran di Paya Terubong untuk diberi kepada anjing selain membasuh bekas-bekas dan peralatan makanan di situ.

Tindakan lanjut menyusul dan JHEAIPP menasihatkan agar pemilik kedai memohon SPHM.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas