Connect with us

Oh! Media

Pekerja Spa Wanita Tekad Berhenti Kerja, Menggigil Satu Badan Ketika Urut Pelanggan Lelaki Gersang

spa

Trending

Pekerja Spa Wanita Tekad Berhenti Kerja, Menggigil Satu Badan Ketika Urut Pelanggan Lelaki Gersang

Bila niat mendapatkan rawatan kesihatan hanyalah untuk melempiaskan nafsu semata-mata, inilah yang berlaku. Seorang wanita yang juga merupakan pekerja spa sebuah pusat kecantikan tekad berhenti kerja apabila berhadapan dengan pelanggan lelaki gersang.

ADVERTISEMENT

Pengalaman trauma itu dikongsikan wanita terbabit di aplikasi TikTok di mana ketika kejadian dia masih bekerja di sebuah spa jenis uniseks di Puchong.

Pada awalnya nampak normal tetapi tiba-tiba tangan mula meraba…

Ada seorang lelaki ni datang ke spa yang aku bekerja dan aku ditugaskan untuk berurusan dengan dia. Semuanya kelihatan normal pada awalnya.

Cuma ketika aku tengah nak mulakan sesi, lelaki itu tiba-tiba masukkan tangan ke dalam seluar dia. Aku macam terkejut, dah kenapa dia ni? Tapi aku bertahan lagi dan cuba bersangka baik.

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih tak terkawal apabila lelaki itu mula memegang tangannya sehingga naik ke lengan. Wanita itu kemudian cuba menjelaskan dia tidak selesa tetapi tetap terus dipujuk untuk melakukan perkara tidak sepatutnya.

Cuba tawar ganjaran duit kalau terus layan nafsunya…

Lelaki itu kemudian menawarkan ganjaran duit jika melayan nafsunya. Ketika inilah wanita ini menggigil dan cuba mencari alasan untuk keluar dari bilik rawatan.

Keseluruhan badan aku menggigil. Aku ligat berfikir cara nak minta diri. Aku cakap, kejap ya encik, saya nak pergi ambil barang. Sebaik sahaja keluar terus menangis dan manager aku terus datang pujuk.

Manajer cakap aku kena selesaikan juga sesi dengan lelaki tu sebab dia adalah pelanggan aku. Manager aku cakap tak apa, dia akan teman aku sekali dalam bilik sampai selesai semua.

Jadi, aku masuk semula ke dalam bilik tu dengan manager. Tangan aku memang terketar-ketar nak pegang badan lelaki tu.

Sebaik sahaja tamat sesi, wanita ini cuba meminta agar diberikan pelanggan wanita sahaja selepas ini tetapi manager terbabit tidak benarkan. Disebabkan itu, dia tekad untuk berhenti.

Perkongsian wanita ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan manager pusat spa terbabit yang tidak mengasingkan rawatan lelaki dan perempuan.

Ada juga yang mengecam sesetengah manusia yang menganggap pusat rawatan spa adalah pusat pelacuran. Ya, memang tidak dinafikan ada pusat yang menawarkan perkhidmatan tidak bermoral seperti ini tetapi tidak semuanya begitu.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas