Connect with us

Oh! Media

Jangan Datang Ke Indonesia Kalau 5 Destinasi Ini Tak Ada Dalam Bucket List Korang!

Tempat makan tema nature di Indonesia

Oh! Travel

Jangan Datang Ke Indonesia Kalau 5 Destinasi Ini Tak Ada Dalam Bucket List Korang!

Selain memartabatkan budaya, antara daya tarikan yang sering menjadi keterujaan pelancong apabila datang ke Indonesia adalah kepelbagaian makanan. 

ADVERTISEMENT

Bukan saja unik, makanan Indonesia juga cukup terkenal dengan rasa pedas mengancam serta mereka juga banyak mengetengahkan konsep restoran atau cafe yang terletak di sekitar kehijauan alam semula jadi. 

Untuk korang yang ada perancangan bercuti pada masa yang sama nak menikmati keindahan alam semula jadi di Indonesia, ini 5 tempat menarik korang perlu singgah! 

1. Gong Jatiluwih – Bali

Kredit: Bali Travel Daily

Kalau korang melancong ke Bali, salah satu destinasi makanan korang wajib pergi adalah Gong Jatiluwih yang terletak di kawasan sawah padi bertingkat sebab ia mempunyai pemandangan yang sangat luas dan cantik!

Menariknya, disebabkan restoran Gong Jatiluwih ni terletak di kaki Gunung Agung, korang berpeluang untuk melihat sendiri pemandangan gunung tertinggi di kepulauan Bali dari meja makan tau. Perghh, bestnya!

Antara makanan yang sering dipesan oleh pelanggan adalah makanan-makanan goreng antaranya seperti nasi goreng. 

Cuba korang bayangkan sambil makan tu dapat hirup udara segar, siap ada view lawa lagi!

2. Arborea Cafe – Jakarta

Kredit: Aneka Tempat Wisata

Selain Bali, Jakarta pun menjadi salah satu destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong. Kalau korang datang ke Jakarta, jangan lupa singgah ke Arborea Cafe tau!

Macam yang korang tahu, Jakarta merupakan salah satu bandar metropolitan yang sentiasa sibuk. Jadi, kalau korang nak berehat daripada kesibukan bandar dan ingin menghirup udara segar, Arborea Cafe adalah pilihan yang tepat!

Apa yang unik dengan cafe ini adalah selain daripada menyajikan makanan cafe estetika, ia dikelilingi dengan kehijauan alam semula jadi yang subur, menjadikan kawasan itu sentiasa tenang dan sejuk! 

3. JimBARan Lounge – Jakarta

Kredit: Qraved

Kalau korang teringin nak menikmati makanan sambil dengar bunyi derusan air sungai, korang boleh singgah ke JimBARan Lounge, yang terletak di AYANA Midplaza Jakarta. 

Menariknya, restoran bertemakan sungai ini menawarkan masakan Barat serta Antara Benua  dan korang boleh duduk di mana-mana ruangan istirahat bulat untuk nikmati pemandangan alam semula jadi.

Bayangkan dapat makan makanan yang sedap, dapat pula ‘healing’ dengar bunyi derusan air sungai, perghh memang masyuk!

4. Kampung Daun – Bandung

Kredit: Michelle Franc Lee

Untuk korang yang suka persekitaran kampung tradisional, restoran Kampung Daun, Bandung adalah pilihan terbaik sebab ia mempunyai gazebo yang dibina daripada buluh dan terletak di atas batu pepejal. 

Menariknya, restoran Kampung Daun ini semestinya akan membuatkan fikiran korang lebih tenang sebab korang boleh dengar bunyi anak sungai yang bergelora serta dapat menghirup udara segar ketika menjamu selera. 

Kalau anda datang ke restoran ini, menu yang anda kena cuba adalah Nasi Timbel, iaitu menu masakan tradisional Sunda, yang dihidangkan bersama nasi kukus panas yang dibalut dengan daun pisang. Perghh, memang surr!

5. Armor Kopi Garden – Bandung

Kredit: Blackxperience

Siapa dekat sini penggemar kopi, korang boleh nikmati secangkir kopi di ARMOR, Bandung yang terletak betul-betul di belakang ruang seni Selasar Sunaryo. 

Uniknya, selain daripada dapat minum kopi sambil menghirup udara segar, korang juga dapat menikmati pemandangan alam semula jadi di sekeliling cafe ini tau. Pergh, kombinasi terbaik!

Di ARMOR, mereka menawarkan 3 menu asas kopi iaitu Robusta, Arabica dan Liberica, bergantung pada pilihan minuman korang.

Menariknya, korang boleh tengok sendiri macam mana biji kopi pilihan korang diproses di stesen pembuatan kopi serta korang boleh hidu aroma biji kopi terbaik Indonesia semuanya secara percuma! 

Alang-alang tu, korang boleh juga cuba menu ‘hot selling’ seperti Potato Cheese Pie dan Cireng Bumbu Rujak. 

Jadi, siapa suka food hunting dan mencari lokasi yang mempunyai pemandangan alam semula jadi, korang boleh pergi ke antara lokasi ini. 

Kredit: TripCanvas, alinear, Wonderful Indonesia, Bali Go Live

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas