Connect with us

Oh! Media

Masih Terima Jemputan Ceramah, PU Azman Hadir Perbicaraan Kes Amang Seksual

pu azman

Oh! Artis

Masih Terima Jemputan Ceramah, PU Azman Hadir Perbicaraan Kes Amang Seksual

Penceramah selebriti, PU Azman tiba di Mahkamah Seksyen Seremban pada pagi Isnin ini bagi perbicaraan lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Febuari dan Julai tahun lalu.

ADVERTISEMENT

PU Azman kelihatan ceria mengenakan baju kurta berwarna mustard serta berkopiah hitam yang turut hadir bersama peguamnya.

Azman atau Azman Syah Alias, memaklumkan kepada media yang membuat liputan, dia masih menerima tawaran memberi ceramah walaupun berdepan dengan beberapa tuduhan di mahkamah.

Job masih macam biasa, cuma tak kongsi di media sosial. Jemputan ceramah seperti biasa.

Malah, PU Azman sempat menjawab beberapa pertanyaan media berhubung fizikalnya yang kelihatan kurus sejak pelbagai tuduhan jenayah seksual dikenakan kepadanya.

pu azman

Penceramah selebriti itu menafikan pertanyaan itu dan menyatakan dia kurus kerana mengamalkan diet serta melakukan aktiviti mendaki.

Ramai tanya kenapa kurus. Saya diet. Aktiviti juga seperti biasa. Saya banyak pergi hiking.

BACA: Dakwaan Amang Seksual Secara Fizikal, PU Azman Dituduh Buat Kali Ke-10

Sebelum ini, PU Azman berdepan dengan beberapa tuduhan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas