Connect with us

Oh! Media

Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Masih Kunci Mulut, Pengarah Hospitaliti Pula Tampil Perjelas Perkara Sebenar

syafiq kyle

Oh! Artis

Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Masih Kunci Mulut, Pengarah Hospitaliti Pula Tampil Perjelas Perkara Sebenar

Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana nampaknya masih tidak memberikan sebarang jawapan berkenaan keputusan membatalkan majlis pernikahan mereka.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini, pengarah Mimi Lana, adik dan ibu Syafiq telah memberikan respon tetapi tidak dapat menceritakan secara penuh apa yang berlaku. Terbaru, pengarah hospitaliti, Mizwan yang bertanggungjawab menyediakan tempat pernikahan mereka pula tampil bersuara.

BACA: Ibu Syafiq Kyle Terpaksa Bersuara Untuk Jawab Tuduhan

Kata Mizwan, mereka telah dimaklumkan awal tentang pembatalan itu dan masih menanti keputusan lanjut daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Jika sudah ada tarikh baru, kami akan umumkan seperti mana jemputan dilakukan sebelum ini. Kita tidak boleh cerita secara terperinci, namun apa yang saya boleh katakan ia bukan terjadi begitu sahaja.

Berlaku perbincangan sebelum dapat keputusan akhir. Kami tidak kerugian disebabkan pembatalan itu. Syafiq dan Mimi menguruskan dengan baik, hanya keadaan kurang mengizinkan.

Mereka mahukan yang terbaik untuk keluarga dan juga peminat.

Kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka agar dipermudahkan segala urusan. Diharapkan agar usaha untuk halalkan hubungan ini berjalan lancar.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas