Connect with us

Oh! Media

Hairul Azreen Umum Mahu Berhenti Dari Berlakon, Ini Sebabnya…

hairul azreen

Oh! Artis

Hairul Azreen Umum Mahu Berhenti Dari Berlakon, Ini Sebabnya…

Pelakon Hairul Azreen tampil mendedahkan berita yang mengejutkan buat peminatnya di mana dia bakal berhenti dari berlakon.

ADVERTISEMENT

Pengumuman yang mengejutkan itu diumumkan oleh Hairul sendiri ketika menjadi tetamu jemputan di rancangan pagi radio ERA Fm.

Menurut Hairul, dia sudah berjaya mencapai segala matlamat dan impiannya sebagai anak seni daripada belakang tabir sehinggalah ke kaca television.

Saya dah buat semua benda dah.. saya daripada jadi stunt, pelakon filem, saya doa jadi hero filem, dan Allah makbulkan doa saya jadi action hero film.

Dan filem Malbatt ini lah mungkin filem terakhir saya sebagai anggota tentara dan berlakon.

Saya dah buat belakang tadbir, sebagai stunt man, extra, investor untuk filem-filem, direktor, produser semua benda saya dah lalui dan perjuangan saya biarlah akhiri dengan filem yang membanggakan saya.

Hairul Azreen

Sementara itu, pelakon filem Paskal ini juga menyatakan walaupun dia sudah berhenti berlakon dia masih lagi aktif di dalam media sosial seperti TikTok dan Instagram.

Tambahan, aktor itu turut berkata dia sudah berpuas hati dengan segala pencapaiannya dan memilih untuk bersara di dalam dunia industri seni ini.

Hairul Azreen

Dalam pada itu, Hairul juga memaklumkan oleh kerana kesibukan dan jadual bekerja yang padat dia tidak dapat melihat anak-anaknya membesar dengan baik.

Malah, aktor ini mahu meluangkan masa yang lebih buat anak-anak serta ibu bapanya yang masih lagi ada disisinya.

Hairul Azreen

Bukan itu sahaja, Hanis Zalikha yang merupakan isteri kepada pelakon filem itu turut menyokong keputusannya dan memilih untuk lebih fokus pada perniagaan mereka.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen agak terkejut dengan pengumuman pelakon itu dan menghormati keputusannya untuk lebih menumpukan perhatian yang lebih pada keluarganya.

Hairul Azreen

Hairul Azreen

Hairul Azreen

BACA: Hairul Azreen Hanya Naik Motor ‘Pick Up’ Hanis Zalikha Balik Kerja Tarik Perhatian Netizen

Terdahulu, pelakon Hairul Azreen telah menarik perhatian netizen apabila menjemput isterinya, Hanis Zalikha yang pulang dari kerja dengan hanya menaiki motorsikalnya.

Kredit: Instagram ERA Fm

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Nampaknya Oh Media bukan biashe-biashe kita ada Dolla in the hauz gais!#dolla #damelo #ohartis

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • hairul azreen
  • hairul azreen
  • hairul azreen
  • hairul azreen
  • hairul azreen
  • hairul azreen
  • hairul azreen
  • hairul azreen

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas