Connect with us

Oh! Media

Pesakit Kanser Tahap 4 Berjaya Meraih ‘Black Belt’ Dan Pingat Dalam Brazilian Jiu Jitsu

kanser

Oh! Inspirasi

Pesakit Kanser Tahap 4 Berjaya Meraih ‘Black Belt’ Dan Pingat Dalam Brazilian Jiu Jitsu

Sesiapa sahaja yang telah didiagnoskan dengan penyakit kanser, pasti akan hadir perasaan takut dalam hati mereka dan risau tidak mampu berjuang melawan penyakit ini.

ADVERTISEMENT

Tetapi, tidak bagi seorang lelaki muda, Tan Jee Tjun yang merupakan penyakit kanser tahap akhir. 

Penyakit kanser yang dialaminya tidak pernah menghalang dia dari menjalani kehidupan sepenuhnya sebagai seorang peguam dan pemegang gelang hitam Brazilian Jiu jitsu (BJJ).

kanser

Tanda-tanda amaran

Pada tahun 2018, sebelum Jee Tjun disahkan menghidap kanser dia bekerja sebagai seorang peguam di firma guaman yang terkenal dan mempunyai seorang anak lelaki.

Jee Tjun mendapati dia sering mengalami pendarahan hidung, namun dengan kesibukan jadual bekerja dia tidak terlalu memikirkannya dan mengabaikan kesakitan itu.

Pada tahun 2018, saya perasan telinga saya tersumbat dan saya mengalami migrain yang teruk. Selepas berjumpa dengan seorang doktor am, saya diberikan antibiotik dan ubat penahan sakit. Tetapi migrain tidak hilang walaupun selepas beberapa minggu.

kanser

Mengetahui bahawa saya tidak boleh berjimat di atas perkara-perkara sedemikian, saya pergi untuk berjumpa dengan seorang pakar, yang menjalankan beberapa ujian ke atas saya dan mendiagnos saya dengan jangkitan sinus dan telinga sebelum memberi saya antibiotik yang kuat.

Dunia saya tiba-tiba runtuh

Selepas 2 minggu, migrain Jee Tjun masih berterusan dan telah mengakibatkan dia terlepas sesi latihan Brazilian Jiujitsu (BJJ).

Melihat keadaan Jee Tjun yang sering terlepas sesi latihan BJJ, dia memaklumkan keadaannya kepada Dr. Jason Leong yang merupakan rakan latihan BJJ dan mencadangkan seorang kawan yang merupakan pakar ENT di Universiti Malaya (UM).

kanser

Saya kemudian membuat temujanji dengan pakar tersebut dan menjalani ujian dengan menggunakan skop pada hidung saya. Apabila ujian itu selesai, ekspresi wajahnya berubah dan dia bertanya kepada saya, ‘Berapa umur anda?.

Pada saat itu, terdapat dua penyakit yang terlintas dalam fikiran saya, penyakit jantung atau kanser. Dia hanya menjalankan ujian pada hidung saya, jadi ia tidak mungkin penyakit jantung.

Beliau memberitahu bahawa terdapat tumor di nasopharynx saya. Saya menjalankan biopsi pada hari yang sama dan diberitahu seminggu kemudian bahawa saya menghidap nasopharyngeal carcinoma tahap 3 (NPC) atau kanser hidung. Malah, tumor itu begitu besar sehingga ia sebenarnya menekan ke atas tengkorak saya.

Saya berusia 33 tahun pada masa itu dan baru sahaja dilantik sebagai rakan kongsi di firma setahun yang lalu. Dalam sekelip mata, anda berada di puncak dunia, hanya untuk semuanya runtuh.

kanser

Berita tersebut menyebabkan saya merasa putus asa dan keluarga saya sangat terluka. Walaupun banyak yang menawarkan sokongan dan bantuan mereka, namun pada akhirnya, hanya jalan gelap dan sunyi yang bersama dengan saya.

Merasai ‘neraka di bumi’

Seperti pesakit kanser lain, Jee Tjun menjalani beberapa bulan rawatan kemoterapi, radioterapi dan pembedahan ia adalah suatu proses yang digambarkan sebagai ‘neraka di bumi’.

Saya dimasukkan ke hospital sebanyak tiga kali dan berada di ambang kematian beberapa kali. Saya kehilangan suara dan deria rasa, sistem imun saya terjejas, telinga kiri saya sebahagian pekak, dan kelenjar tiroid saya telah ‘terbakar’ sepenuhnya.

kanser

Selepas beberapa bulan rawatan, Jee Tjun mula melihat ada peningkatan terhadap keadaannya.

Malangnya, ia hancur pada tahun 2019 apabila kanser telah merebak ke paru-parunya dan mengakibatkan kanser tahap 4 pada paru-paru.

Dengan nasihat ahli onkologi, Jee Tjun mencari rawatan di Pusat Kanser Hospital Chang Gung Memorial di Taiwan, tempat yang sama di mana legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei, mencari rawatan untuk kanser hidung.

Melawan semula dengan Brazilian jiujitsu

Kebanyakan orang mungkin akan menyerah kalah jika berhadapan dengan keadaan yang sama seperti Jee Tjun.

Semangat cinta terhadap Brazilian Jiujitsu (BJJ), Jee Tjun telah menjadikan seni pertahankan diri ini sebagai kekuatan mental dan ketabahan untuk terus berjuang.

kanser

Semasa perlawanan pertama, saya sengaja memilih seorang budak lelaki berusia 14 tahun sebagai rakan untuk menguji diri saya. Hanya dalam masa satu minit, saya sudah kehabisan nafas dan hampir muntah.

Tetapi saya memberitahu diri saya sendiri, Saya mungkin tidak akan hidup lama sebagai pesakit kanser. Jika saya harus pergi, saya mahu pergi melakukan apa yang saya suka dan dengan cara saya sendiri.

Dan itulah yang dilakukan oleh Jee Tjun hanya tiga bulan selepas rawatan kemoterapi pertamanya pada tahun 2018, dia telah menyertai pertandingan pertamanya dalam beberapa tahun dan memenangi pingat emas dengan itu ia membolehkannya memperoleh tali pinggang coklat pada akhir tahun.

Pada tahun 2020, dia dianugerahkan tali pinggang hitam, menjadikannya satu-satunya individu yang telah memperoleh tali pinggang hitam semasa menjalani rawatan kanser peringkat akhir.

kanser

Mengatasi segala kemungkinan

Selepas kanser merebak ke paru-paru Jee Tjun, satu port kemoterapi telah dipasang secara pembedahan di dadanya.

Ini akan membolehkan ubat-ubatan kemoterapi akan disuntikkan ke dalam badannya kerana urat-uratnya telah terjejas dengan teruk akibat rawatan.

Walaupun tubuhnya telah mengalami kerosakan besar, minat Jee Tjun untuk menyertai pertandingan BJJ tidak pernah pudar, malah beliau juga mencipta pakaian pelindung khas untuk port kemoterapi tersebut.

kanser

Setahun yang lalu, saya menulis surat kepada penganjur pertandingan BJJ di Asia Tenggara untuk membenarkan saya bersaing, di mana mereka dengan baik hati memberi izin walaupun memberi amaran kepada saya untuk melakukannya atas risiko sendiri.

Dengan kebenaran mereka, saya bersaing dalam acara ADCC Thailand pada bulan Oktober dan menduduki tempat kedua. Bulan berikutnya, saya menyertai ADCC Singapura dan memenangi pingat emas melalui penyempurnaan lawan.

Ini adalah salah satu saat paling hebat dalam hidup saya, bukan kerana saya memenangi pingat emas, tetapi kerana saya tidak menyerah walaupun keadaan saya memberitahu untuk berbuat sedemikian.

kanser

Patah tetapi tidak hancur

Perkara yang telah memberi Jee Tjun kekuatan untuk terus maju ke hadapan adalah faktor luaran dan dalaman.

Faktor luaran akan menjadi keluarga saya, terutamanya ibu saya, isteri, dan dua anak saya. Ibunda saya telah kehilangan suaminya akibat serangan jantung beberapa tahun yang lalu dan anak lelaki saya menghidap autism. Jika saya pergi begitu cepat, siapa yang akan menjaga mereka?

kanser

Oleh itu, saya memberitahu diri saya sendiri bahawa saya tidak boleh mati begitu sahaja dan saya akan terus berjuang sehingga api dalam diri saya padam.

Bagi faktor dalaman, Jee Tjun mengaitkannya dengan ketabahan mental yang telah dibinanya selama bertahun-tahun dalam berlatih BJJ serta komitmen yang kuat dalam menjaga keluarganya.

Ketika saya pertama kali didiagnosis kanser dan diberitahu bahawa saya akan mati dalam tempoh dua tahun, saya hancur dan menangis sendiri hingga tidur selama beberapa hari.

Walau bagaimanapun, ada perkara yang lebih penting daripada apa yang saya rasa. Saya adalah seorang lelaki, dan seorang lelaki harus melakukan apa yang perlu dia lakukan iaitu menjadi kuat untuk keluarga saya.

Walaupun Jee Tjun masih mengalami kesan sampingan yang menyakitkan semasa merawat kanser paru-parunya, tekadnya untuk hidup masih lebih kuat.

kanser

Saya masih belum menyerah. Walaupun saya telah menerima bahawa saya mungkin akan mati dengan lambat dan menyakitkan, tetapi di dalam hati, saya yakin bahawa saya akan mencapai usia yang panjang.

BACA: Seorang Wanita Menghidap Gangguan Neurologikal Berjaya Buktikan Kekurangannya Bukanlah Penghalang Kejayaan

Terdahulu, seorang wanita muda telah berkongsi mengenai kehidupannya sebelum dan selepas menghidap gangguan neurologikal atau dystonia, serta bagaimana dia belajar untuk mengatasinya. 

Kredit: WeirdKaya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Wanita ini menjelaskan walaupun dia memiliki kemahiran untuk mengendalikan peluru konvensional, tetapi peranannya lebih kepada pemeriksaan fizikal, pengurusan logistik dan pelupusan peluru yang telah tamat tempoh atau pecah. #beritatiktok #ohmedia #trendingnewsmalaysia #tldm #inspirasi

♬ One Side – Iyanya

  • kanser
  • kanser

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas