Connect with us

Oh! Media

Gaji Minima RM 1500, Cukup Ke?

Oh! Inspirasi

Gaji Minima RM 1500, Cukup Ke?

Untuk zaman selepas Covid-19 ini, ramai yang berpendapat keadaan menjadi lebih kucar-kacir dari segi percaturan kewangan.

ADVERTISEMENT

Orang ramai berhadapan dengan masalah kehilangan sumber pendapatan dan peluang pekerjaan juga makin susah nak dapat.

BACA: “Terlatih Dan Sesuai Dengan Kehendak Pasaran” – Zahid Saran Gaji Minimun Graduan TVET Naik RM3,000

Bukan itu je, kadar inflasi yang meningkat buat masa ini turut dirasai oleh rakyat Malaysia tetapi nasib baik OPR masih kekal kepada 3.0%.

Mengikut Seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) gaji minimum dengan tanpa sebarang elaun, insentif atau bayaran lain, kadar gaji pokok minimum pada tahun 2023 telah ditetapkan kepada RM 1500.

Cukup ke gaji RM 1500 dan adakah ia dapat menampung perbelanjaan bulanan? Nak pulak duduk di kawasan bandar kan memang rasa tak cukup.

Ada beberapa orang berpendapat gaji minimum RM 1500 sudah mencukupi dan boleh diterima tetapi ramai lepasan ijazah muda merasakan sekurang-kurangnya gaji minimum RM 2500 lebih memadai dan lebih mengikuti peredaran masa. 

Iya lah cuba bayangkan kalau gaji basic RM 1500, selepas penolakan EPF dan SOCSO baki yang tinggal di tangan hanya RM 1370. Itu tidak termasuk dengan potongan lain seperti potongan pinjaman pendidikan, duit isi minyak kenderaan atau tambang pengangkutan awam dan lain-lain.

Bagaimana bagi mereka yang baru mula kerja dengan gaji sebegini ingin menyimpan untuk “rainy days” nanti? Sampai bila mereka harus mengikat perut dan ketepikan keinginan mereka jika tiada perubahan dari segi kenaikan gaji?

gaji

Bagaimana mereka ingin memastikan masa depan mereka juga terjamin? Banyak persoalan yang bermain di fikiran para graduan yang baru ingin mulai kehidupan sebagai orang dewasa.

Hasil kaji selidik Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) mendapati sebanyak 84% rakyat Malaysia mampu membuat simpanan jangka pendek dan mengeluarkan semula di pertengahan bulan. 52% lagi merasakan sukar untuk mengetepikan RM 1000 untuk kegunaan kecemasan.

gaji minimum

Tapi bukan golongan para graduan sahaja yang terkesan dengan isu gaji minimum ini. Ekonomi yang merudum turut menyebabkan golongan B40 dan M40 terpaksa buat lebih daripada satu kerja kerana dengan satu punca pendapatan sahaja tidak mencukupi disebabkan kos perbelanjaan harian semakin hari semakin meningkat.

Akibat daripada kekangan kewangan ini jugalah menyebabkan ramai orang tidak mempunyai jalan lain dan terpaksa berhutang dengan ceti haram atau ah long. 

Apa pendapat korang mengenai isu ini?

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas