Connect with us

Oh! Media

“Jangan Ajar Tentang Sejarah Negaraku” – Uyaina Arshad Sekolahkan Netizen Indonesia ‘Palatau’

uyaina

Oh! Artis

“Jangan Ajar Tentang Sejarah Negaraku” – Uyaina Arshad Sekolahkan Netizen Indonesia ‘Palatau’

Pengacara popular, Uyaina Arshad tampil dengan analogi sejarah mengkritik tindakan segelintir orang yang bersikap neutral terhadap peperangan di antara Isr4el dan P4lest1n.

ADVERTISEMENT

BACA: Syamimia Akhirnya Sedar Diri Banyak Buat Silap, Sekali Lagi Mohon Maaf

Uyaina mengimbau kembali sejarah Tanah Melayu yang turut dijajah satu ketika dahulu. Katanya, nenek moyang kita bermati-matian berjuang untuk kemerdekaan dan kebebasan.

Itulah yang berlaku di P4lest1n iaitu pejuang mereka mempertahankan tanah air daripada terus ditindas tentera zionis Isr4el.

Namun pandangan Uyaina itu dibidas seorang netizen daripada negara seberang. Kata pemilik akaun @yupi_inst, negara Malaysia merdeka kerana pemberian oleh orang Inggeris bukannya kerana peperangan.

uyaina

Tak mendiamkan diri, Uyaina membidas kenyataan ‘palatau’ netizen itu mengenai sejarah negara Malaysia.

Katanya, sebagai anak jati Malaysia dia lebih tahu mengenai sejarah negara sendiri. Uyaina meminta individu itu tak mengajarnya tentang sejarah sebagainya Uyaina tidak pernah mempersoalkan sejarah negara Indonesia.

Menurut Uyaina lagi, dia bukannya nak bergaduh tapi nak netizen faham kemerdekaan bukan senang nak dapat.

Kredit: Instagram Uyaina Arshad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas