Connect with us

Oh! Media

“Menangis Banyak Juga Berhabis” – Syafiq Kyle Tamatkan Zaman Bujang Dengan Mimi Lana Tahun Ini

Oh! Artis

“Menangis Banyak Juga Berhabis” – Syafiq Kyle Tamatkan Zaman Bujang Dengan Mimi Lana Tahun Ini

Selepas beberapa tahun bercinta, pasangan selebriti popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana dikhabarkan akan menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Media Hiburan, Syafiq sendiri mengesahkan perkara itu namun tak berani menyatakan tarikh tertentu kerana pernikahannya bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.

Alhamdulillah, satu persatu langkah kita sudah lakukan. ‘Menangis’ banyak juga berhabis, tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita.

Jelasnya, banyak perkara yang perlu diselesaikan kedua-dua belah pihak buat masa ini.

Mengenai persiapan kahwin pula, buat masa ini dia selesaikan yang wajib dahulu satu demi satu seperti kursus kahwin. Katanya, meskipun belum mahu berkahwin, kursus itu memang perlu dihadiri.

Saya sudah ‘settle’ itu semua, hal yang wajib macam pendaftaran yang perlu kita tengok sama ada sesuai dengan masa dan sebagainya. Sebab itu tak boleh berikan tarikh, ia boleh berubah.

Pelakon drama Nur ini berdoa agar urusannya itu dipermudahkan. Dia juga memohon doa yang baik-baik daripada peminat.

Kredit: Media Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas