Connect with us

Oh! Media

Ragu-Ragu Nak Makan Bila Travel Di Negara Minoriti Islam? Muat Turun Aplikasi Ini Untuk Mudahkan Korang

negara

Oh! Travel

Ragu-Ragu Nak Makan Bila Travel Di Negara Minoriti Islam? Muat Turun Aplikasi Ini Untuk Mudahkan Korang

Bagi korang yang selalu bercuti di negara luar terutama sekali negara yang mempunyai bilangan minoriti umat Islam, sudah tentu akan ragu-ragu apabila mahu makan di restoran mereka kan?

ADVERTISEMENT

Apabila berada di zaman serba canggih ini, korang tak perlu risau lagi kerana kini sudah ada pelbagai aplikasi percuma yang mudah diakses untuk bantu korang mencari tempat makan yang halal, lokasi masjid atau menterjemah bahasa.

Berikut adalah beberapa aplikasi percuma yang korang boleh muat turun untuk panduan travel halal:

Zabihah

negara

Aplikasi ini membantu korang untuk mencari tempat makan yang halal di negara percutian korang.

Zabihah, aplikasi yang telah berjaya menyenaraikan lebih daripada 50,000 restoran halal, pasar makanan halal, dan masjid di seluruh dunia.

Malah, korang juga boleh mendapatkan kupon diskaun eksklusif daripada 2,000 rakan kongsi restoran yang bekerjasama dengan aplikasi ini.

Jika korang masih ragu-ragu dengan pilihan yang diberi, terdapat lebih daripada 150,000 ulasan dan tips yang dikongsikan oleh pengguna bagi memudahkan korang membuat keputusan.

Aplikasi Zabihah boleh digunakan di kebanyakan negara, termasuklah di Amerika Syarikat, Eropah, Asia, Afrika, dan Timur Tengah.

Verify Halal

Sewaktu travel di negara luar sudah tentu korang mahu mencuba produk makanan mereka yang dijual di pasaraya. Namun, korang masih ragu-ragu untuk membeli kerana risau tentang kesahihan status halalnya.

Manakala, bagi aplikasi Verify Halal ia sudah mendapat kelulusan JAKIM, jadi korang boleh mengimbas barkod pada pek produk tersebut untuk menyemak maklumat dan status halal.

negara

Dalam pada itu, cara lain adalah cari mengikut nama produk, syarikat keluaran, atau jenama produk tersebut.

Aplikasi Verify Halal menyenaraikan pelbagai produk yang diiktiraf halal dalam pangkalan data JAKIM mengikut kategori yang berbeza, antaranya termasuklah makanan, minuman, produk kecantikan dan kosmetik, serta ubat-ubatan.

Islamic GPS

Selain itu, Islamic GPS merupakan aplikasi Islamik pertama yang menampilkan ciri augmented reality untuk menunjukkan masjid dan surau berhampiran korang.

negara

Cara menggunakan aplikasi ini adalah dengan membenarkan akses kamera dan lokasi pada peranti korang. Kemudian, pusingkan kamera telefon bimbit di sekeliling korang untuk melihat masjid dan surau terdekat, termasuklah jaraknya dari korang dan alamat penuh.

Tambahan, ia turut membenarkan korang memandu arah sendiri ke lokasi menggunakan ciri route yang dipaut dengan aplikasi Google Maps.

Aplikasi Islamic GPS juga memberi panduan arah kiblat tidak kira di mana korang berada, dan ini sangat menyenangkan jika penginapan korang tidak mempunyai arah kiblat dalam bilik.

Kredit: Traveloka

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Wanita ini menjelaskan walaupun dia memiliki kemahiran untuk mengendalikan peluru konvensional, tetapi peranannya lebih kepada pemeriksaan fizikal, pengurusan logistik dan pelupusan peluru yang telah tamat tempoh atau pecah. #beritatiktok #ohmedia #trendingnewsmalaysia #tldm #inspirasi

♬ One Side – Iyanya

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas