Connect with us

Oh! Media

Nothing Phone (1) Juga Hadir Dengan Warna Hitam, Nampak Lebih Premium

Nothing

Oh! Tech

Nothing Phone (1) Juga Hadir Dengan Warna Hitam, Nampak Lebih Premium

Sebelum ini kami melaporkan yang satu jenama telefon pintar baru iaitu Nothing akan dilancarkan pada 12 Julai ini. Kebanyakkan laporan mengenai Phone (1) ini semuanya menunjukkan yang ia akan hadir dengan warna putih.

ADVERTISEMENT

BACA : Telefon Pintar Lutsinar, Nothing Phone (1) Dijangka Sokong 45w Pengecasan Pantas 

Beberapa hari saja lagi mahu dilancarkan, terdapat laporan mengatakan yang Nothing akan hadir dengan warna hitam. Pergh! Maknanya ada dua pilihan warna yang pengguna boleh dapatkan.

Bukan tu jer, terdapat juga imej rasmi Phone (1) yang menunjukkan ianya dilengkapi dengan Glyph Interface dengan 900 lampu LED kecil pada panel belakang. Smart gila!

Kalau nak dibandingkan kedua-dua pilihan ini, warna hitam lebih menyerlah rasanya berbanding warna putih. Apa pandangan korang? Apapun, sama-samalah kita tunggu sehingga ianya dilancarkan untuk mengetahui apa lagi perkara menarik yang dibawakan pada Nothong Phone (1) ini.

Kredit: winfuture

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas