Connect with us

Oh! Media

Bekas Pengacara TV3 ‘Menggila’, Didakwa Pukul Staf Guna Kayu Dan Langgar Pondok Pengawal

Trending

Bekas Pengacara TV3 ‘Menggila’, Didakwa Pukul Staf Guna Kayu Dan Langgar Pondok Pengawal

Bekas pengacara TV3 yang juga bekas isteri kenamaan didakwa melanggar pondok pengawal di sebuah kawasan perumahan. Dah kenapa tu?

ADVERTISEMENT

Menerut satu hantaran di Twitter, seorang individu kongsikan perkara dimana bekas pengacara itu dikatakan telah memecahkan pejabat pengurusan, merosakkan CCTV, memukul staf pengurusan dan pelbagai lagi kekasaran lain yang dibuatnya. Allahu..

Individu tersebut juga mengatakan yang kelakuan bekas pengacara itu membuat ‘kecoh’ bukanlah kali pertama terjadi.

Bukan tu jer, pihak berkuasa di situ juga dikatakan tidak akan mengambil apa-apa tindakan sebab personaliti televisyen itu ada ‘kabel besar’ walaupun telah membahayakan nyawa orang lain. Wah! Besar mana ‘cable’ dia tu?

Bekas pengacara TV3

Dalam pada masa yang sama, ada juga penduduk di kondominium itu berkongsikan foto keadaan kereta bekas pengacara itu sambil berkata pemiliknya sedang ‘menggila’.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya siapakah bekas personaliti TV itu dan ada juga yang mendesak agar identitinya dibongkarkan kerana tidak layak untuk disorokkan.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas