Connect with us

Oh! Media

Siri Galaxy Watch6 Kembali Dengan “Classic”,Bergaya Sepanjang Hari!

Oh! Tech

Siri Galaxy Watch6 Kembali Dengan “Classic”,Bergaya Sepanjang Hari!

Hampir setahun Galaxy Watch5 dilancarkan, Samsung kini kembali dengan peranti jam tangan pintar terbaru iaitu siri Galaxy Watch6. Apa yang menarik kali ini, ia turut hadir dengan siri Classic yang kali terakhir ada pada siri Galaxy Watch4. 

ADVERTISEMENT

Bagi siri Galaxy Watch6 kali ini, lebih memberi tumpuan dalam membantu pengguna mengamalkan tabiat kehidupan yang lebih sihat setiap hari dan sepanjang malam. 

Siri Galaxy Watch6 juga memuatkan ciri kesihatan yang menyeluruh bersertakan prestasi yang lebih berkuasa dalam reka bentuk yang lebih menarik dan bergaya.

Reka Bentuk Baru Dan Sempurna

Siri Galaxy Watch6 kali ini memperhalusi dalam segi reka bentuk peranti. Ia menawarkan reka bentuk yang serba baru dan memberikan pengalaman paparan lebih selesa dan sempurna sepanjang hari. 

Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic dilengkapi dengan bezel bersaiz 30% lebih langsing dan bezel berputar bersaiz 15% lebih nipis. Ia meningkatkan keindahan bingkai bulatan serta premium peranti. 

Jam tangan pintar ini mempunyai paparan bersaiz 20% lebih besar berbanding siri sebelum ini. Ia mempamerkan lebih banyak teks pada skrin serta papan kekunci yang lebih besar membuatkan selesa untuk berbalas teks menggunakan peranti ini. 

Samsung, Siri Galaxy Watch6, Galaxy Watch6 Classic, Galaxy Watch6

Korang tahu tak untuk edisi kali ini, lebih 704 kombinasi unik jalur jam tangan one-click boleh dipadankan dengan mudah. Pengguna boleh mendapatkan jalur jam tangan di Samsung.com. 

Walaupun korang berada di bawah cahaya matahari, paparan yang ada pada siri Galaxy Watch6 tetap jelas. Hal ini disebabkan Samsung menawarkan kecerahan puncak 2,000 nit, ditambah dengan ciri pelarasan kecerahan Always On Display. 

Bagi penggunaan bateri pula, ia mempunyai saiz bateri yang lebih besar dan juga kadar penggunaan yang lebih rendah walaupun memaparkan yang visual yang cerah serta  menjejaki pola tidur sepanjang waktu malam.

Kekal Bermotivasi Dengan Siri Galaxy Watch6

Siri Galaxy Watch6 turut dilengkapi ciri yang membantu pengguna bermotivasi dalam menjaga kesihatan. Korang dapat mengambarkan kecergasan badan korang melalui maklumat yang diberi dengan menggunakan ciri Body Composition. Ia memberi maklumat jasmani berkepentingan seperti jisim otot rangka, kadar metabolisme basal, kadar penghidratan badan dan peratusan lemak badan. 

Samsung, Siri Galaxy Watch6, Galaxy Watch6 Classic, Galaxy Watch6

Bagi korang yang suka aktiviti berlari dan senaman berintensiti tinggi, siri Galaxy Watch6 amat sesuai dengan korang kerana ia dilengkapi dengan ciri Personalised Heart Rate Zone yang mampu memberi analisis keupayaan pengguna dalam bentuk lima tahap keupayaan larian yang optimum. 

Selain itu, ciri Track Run yang dipertingkatkan pada siri kali ini, mampu merekodkan bilangan larian di balapan dan ciri Custom Workout memberi akses kepada pengguna untuk membentuk jadual dan menjejaki rutin senaman peribadi.

Siri Galaxy Watch6 turut dilengkapi ciri HR Alert yang membantu pengguna memahami kesihatan jantung dengan mengesan secara diam kadar denyutan jantung yang luar biasa.

Siri Galaxy Watch6: Peneman Tidur Terbaik Anda

Kita sering mendengar, bagi mendapat kesihatan yang baik haruslah menjaga pemakanan dan juga mendapat tidur yang mencukupi. Dengan siri Galaxy Watch6 ini, dapat membantu korang mengoptimumkan waktu malam sama dengan mengoptimumkan penggunaan pada waktu siang korang. 

Samsung, Siri Galaxy Watch6, Galaxy Watch6 Classic, Galaxy Watch6

Ia memberi fokus pada tiga elemen utama iaitu memahami corak tidur peribadi, mengamalkan tabiat tidur yang lebih baik dan mewujudkan persekitaran mesra tidur dengan menggunakan ciri yang ada pada siri Galaxy Watch6. Antara ciri yang ada pada siri Galaxy Watch6 adalah: 

Sleep Score Factors – membantu pengguna memahami kualiti tidur yang dialami setiap malam dengan cara merangkumkan jumlah masa tidur, kitaran tidur, masa terjaga, serta pemulihan fizikal dan mental. 

Sleep Messages –  memberikan maklum balas terperinci kepada pengguna tentang kesihatan tidur mereka setiap pagi. 

Sleep Consistency –  menunjukkan konsisten masa tidur dan bangun pengguna.

Sleep Coaching – pengguna boleh setkan arahan serta peringatan apabila waktu tidur tiba supaya dapat menetapkan persekitaran tidur yang selesa.

Pengalaman Terus Dari Pergelangan Tangan Anda

Samsung masih mengekalkan ciri-ciri lain yang ada pada siri Galaxy Watch5, namun ia ditambah baik untuk edisi kali ini. Antaranya adalah Samsung Pay yang ditambah baik dengan menggabungkan Samsung Wallet. 

Selain itu, aplikasi Whatsapp, Google Calendar, Gmail dan Samsung Health masih dikekalkan pada peranti baru ini. Siri Galaxy Watch6 kini turut boleh menentukan lokasinya melalui ciri Find My Phone dengan sokongan peta. Untuk maklumat lanjut mengenai ciri lain, korang boleh layari di laman rasmi Samsung. 

Nikmati & Bergaya Dengan Siri Galaxy Watch6 Sekarang

Samsung, Siri Galaxy Watch6, Galaxy Watch6 Classic, Galaxy Watch6

Tunggu apa lagi, pastikan korang dapatkan Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic yang akan mula rasmi dijual pada 18 Ogos ini tau di Samsung outlet dan juga secara online. 

Galaxy Watch6 Classic hadir dengan 2 warna iaitu silver dan black. Ia turut hadir dengan 2 variasi LTE dan BT: 

  • Galaxy Watch6 Classic (47mm LTE) – RM1799
  • Galaxy Watch6 Classic (47mm BT) – RM1499
  • Galaxy Watch6 Classic (43mm LTE) – RM1699
  • Galaxy Watch6 Classic (43mm BT) – RM1399

Bagi Galaxy Watch6 turut hadir dalam 2 variasi LTE dan BT. Namun, bagi pemilihan warna ia berbeza. Untuk Galaxy Watch6 versi LTE hadir dengan warna silver dan graphite. Manakala, Galaxy Watch6 versi BT, warna graphite dan gold. Korang boleh dapatkannya pada harga: 

  • Galaxy Watch6 (44mm LTE) – RM1499
  • Galaxy Watch6 (44mm BT) – RM1199
  • Galaxy Watch6 (40mm LTE) – RM1399
  • Galaxy Watch6 (40mm LTE) – RM1099

Layari laman rasmi Samsung di Facebook dan Instagram, bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan promosi dan info terkini mengenai Samsung. 

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas