Connect with us

Oh! Media

Budak 3 Tahun Dan Bayi 40 Hari Dilaporkan Stabil Selepas Dicampak Bapa Saudara

bayi

Oh! Tidak

Budak 3 Tahun Dan Bayi 40 Hari Dilaporkan Stabil Selepas Dicampak Bapa Saudara

Dua beradik yang dicampak serta dihempas oleh bapa saudaranya kini dilaporkan berada di dalam keadaan stabil di Hospital Pulau Pinang (HPP).

ADVERTISEMENT

BACA: Bapa Saudara Campak Budak 3 Tahun Dari Tingkat 1, Bayi 40 Hari Dihempas Ke Lantai

Sebelum ini, kedua-dua mangsa perempuan yang berusia tiga tahun dan 40 hari itu dicampak dari tingkat satu di blok di Flat Nusantara, Sungai Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata dua beradik itu telah ditempatkan di wad biasa hospital berkenaan.

Hanya bayi perempuan akan berada di wad dalam tempoh 24 jam sahaja lagi dan esok dia sudah boleh dibawa pulang.

Kakaknya pula, hasil imbasan otak yang dijalankan mendapati tidak ada pendarahan otak berlaku.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 3:30 petang, kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun mengalami kecederaan patah kaki kiri dan cedera pada mulut akibat dicampak dari tingkat satu manakala adiknya turut dihempas ke lantai rumah.

Bayi

Menurut Soffian, selepas mangsa menerima rawatan, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu didapati mengalami kecederaan retak pada tulang paha kiri dan cedera bibir manakala adiknya mengalami bengkak kedua-dua mata.

Malah, Soffian juga memaklumkan suspek kini menjalani pembedahan pada tangan selepas dia turut mencederakan diri sendiri.

Suspek masih lagi meracau di hospital dan dia sebut bahawa dia telah mati dua hari lalu, dia berada dalam kawalan pihak polis di HPP.

Kita tidak boleh sahkan yang dia ada masalah mental kerana hanya pihak hospital yang boleh sahkan mengenai hal itu.

Ujian darah suspek juga telah diambil bagi melihat sama ada suspek di bawah pengaruh dadah atau tidak ketika kejadian.

Menerusi siasatan awal, ahli keluarga suspek turut menyatakan bahawa suspek berkelakuan aneh sejak dua bulan lalu tanpa sebab. 

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7263065349950541057?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas