Connect with us

Oh! Media

‘Catwalk’ Sambil Pegang Rokok Bukan Contoh Baik, Sampai DG Hisham Pun Tegur

Trending

‘Catwalk’ Sambil Pegang Rokok Bukan Contoh Baik, Sampai DG Hisham Pun Tegur

Tindakan penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh memegang rokok ketika muncul di pentas Kuala Lumpur Fesyen Week (KLFW2022) mengundang teguran daripada Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

ADVERTISEMENT

BACA: Noh Salleh Selamba Catwalk Sambil Pegang Rokok Di KLFW2022, Ini Reaksi Netizen

Menerusi satu hantaran di Twitter, DG Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu yang dicetuskan artis ini. Katanya, tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai adalah satu contoh yang tidak baik terutama kepada kanak-kanak dan remaja.

Tambah beliau, setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti perlu membantu KKM bagi memastikan merokok menjadi satu budaya yang tak diterima lagi dalam masyarakat.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai bersetuju dengan pandangan DG Hisham. Menurut mereka, penyanyi itu perlu diambil tindakan untuk memberinya pengajaran.

Kredit: Twitter DGHisham

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas