Connect with us

Oh! Media

KESIHATAN MENTAL BUKAN ISU REMEH!

Oh! Inspirasi

KESIHATAN MENTAL BUKAN ISU REMEH!

Tahun 2021 & 2022 adalah tahun yang paling ramai mengalami masalah depresi dan anxiety. Menurut MKN, isu kesihatan mental di Malaysia semakin membimbangkan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Perasaan Kosong, Bercakap Kena Paksa” – Hun Haqeem Pernah Alami Masalah Mental, Cuba 10 Sesi Terapi

Melalui tinjauan 2019 melaporkan bahawa setengah juta rakyat Malaysia mengalami masalah kemurungan, dan pada tahun 2021 sebanyak 212, 319 panggilan diterima oleh Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS).

Masalah mental atau tekanan emosi ini benar-benar berlaku dan kadang-kadang tiada simptom pada pesakit.

Mungkin rakan anda kelihatan sihat dan gembira tetapi mereka juga mungkin merahsiakan seribu satu masalah kerana kebanyakkan mereka yang mengalami masalah ini merasakan diri mereka membebankan dan tiada siapa yang memahami masalah mereka yang mendorong mereka untuk berdiam diri.

Jika mereka yang mengalami masalah tekanan emosi, perkara ini boleh dikaitkan dengan tingkah laku bunuh diri dimana berlaku peningkatan ketara pada tahun 2021 sebanyak 81 peratus yang telah direkodkan berbanding tahun 2020. 

Permasalahan mental ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi kepada kanak-kanak berusia seawal 5 hingga 9 tahun. Sebanyak 424,000 kanak-kanak di Malaysia telah disahkan mengalami masalah mental dan cenderung untuk membunuh diri. 

Antara simptom awal gangguan keresahan (Anxiety Disorder) yang boleh dikenal pasti adalah seperti:

  1. Terasa resah, gelisah dan takut yang berterusan
  2. Aktiviti harian terganggu
  3. Mengalami semua simptom keresahan normal (jantung berdebar, mulut kering, tangan/kaki rasa kebas, perut rasa tak selesa, susah tidur, berpeluh-peluh)
  4. Tubuh dan minda terasa letih yang luar biasa.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan boleh hubungi talian HEAL 15555. Ini adalah salah satu langkah untuk anda mendapatkan bantuan awal, selain daripada itu terdapat juga pusat fasiliti lain seperti The Mind Faculty ataupun di hospital-hospital kerajaan yang menawarkan kos yang lebih murah. Sayangi lah diri anda dah ahli keluarga anda.

Sumber: hellodoktor

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas