Connect with us

Oh! Media

“Syabas Kerajaan Johor” – Catat Pelaburan RM60.9 Bilion, TMJ Ucap Tahniah

Oh! Negara

“Syabas Kerajaan Johor” – Catat Pelaburan RM60.9 Bilion, TMJ Ucap Tahniah

Negeri Johor mencatatkan pelaburan paling tinggi dalam negara bagi separuh pertama tahun 2022 ini dengan nilai sebanyak RM60.9 bilion, sekali gus menjadi pelaburan yang tertinggi pernah dicatatkan oleh negeri tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: “Lepas Ni Dato Pakai Selipar Saja” – TMJ Komen Isu Kasut RM37K MB Johor

Menerusi satu hantaran dimuatnaik Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, pelaburan tersebut meningkat sebanyak 822 peratus daripada pelaburan bernilai RM6.6 bilion untuk tempoh yang sama pada tahun lepas.

Insya-Allah, apa yang dicapai membuktikan Johor mampu menarik pelaburan berteknologi tinggi dan berkualiti, sekali gus meningkatkan lagi ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi.

Menjunjung Kasih kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang sentiasa menasihati kerajaan untuk memberi fokus kepada ekonomi negeri demi kemakmuran rakyat Johor.

TMJ ucap tahniah

Berita baik buat negeri itu turut mendapat respon Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris yang merakamkan ucapan tahniah menerusi satu ciapan di Twitter.

Syabas kerajaan Johor, saya berharap pencapaian ini akan diteruskan dan ditingkatkan pada masa yang akan datang demi kesejahteraan rakyat.

Untuk rekod, Johor mencatatkan pelaburan tahunan sebanyak RM12.3 bilion pada tahun lepas manakalah RM24.5 bilion pada 2019 dan RM11.9 bilion pada 2020.

Selain Johor, terdapat lima lagi negeri utama lain seperti Selangor, Sabah, Kedah dan Pulau Pinang menyumbang RM103.5 bilion (AS$23.5 bilion) atau 83.9 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan.

Kredit: Facebook Onn Hafiz | Twitter HRH Crown Prince of Johor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas