Connect with us

Oh! Media

Anggota Tentera Mengamuk Dan Ugut Bunuh Isteri Di Melaka Kini Dalam Siasatan Polis

tentera

Oh! Tidak

Anggota Tentera Mengamuk Dan Ugut Bunuh Isteri Di Melaka Kini Dalam Siasatan Polis

Hari ini tersebar rakaman video menunjukkan seorang anggota tentera darat Malaysia memukul isterinya. Kejadian itu berlaku di depan rumah pasangan terbabit di flat Sungai Udang, Melaka.

ADVERTISEMENT

Rakaman itu lebih membimbangkan selepas suspek mengugut untuk membunuh isterinya sambil menghunus pisau ke arah mangsa.

Mangsa pula hanya mampu merayu kepada suspek untuk tidak memukulnya dan disakiti. Kejadian itu turtu disedari jiran mangsa dan cuba untuk meleraikan pergaduhan. Anggota terbabit bagaimanapun dilihat tetap mengamuk dan tidak mempedulikan orang lain.

Rakaman ini tersebar di aplikasi X dan pihak polis sudahpun membuka kertas siasatan. Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah mengesahkan kejadian itu selepas menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 38 tahun (mangsa).

Siasatan juga mendapati suami mangsa yang berusia 25 tahun bekerja di sebuah kem di Sungai Udang. Setakat ini, polis sudah memanggil lelaki itu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas